Jumaat, 15 Februari 2013

Panggilan Kehormat

Saya ada seorang rakan yang suka panggil orang yang baru dia kenal abang atau kakak. Tak kiralah pangkat orang itu sama ada Datu', Datin, mahupun YB.

Nak panggil abang Najib 
dan Atuk Nik Aziz-kah? 
(gambar hiasan)
"Ala Wong, mereka itu sukalah aku panggil mereka abang atau kakak. Nampak muda you~," jelasnya.

Saya hanya mendiamkan diri. Mungkin kerja sambilannya sebagai pelayan di restoran terkenal di Seremban membolehkan dia berbicara begitu.

Bagi saya yang kerdil orangnya, tidak boleh mengamalkan sikap itu.

Saya masih mengamalkan sikap memanggil orang berdasarkan pangkat. Ada sesetengah orang tidak suka, manakala ada sesetengah orang suka.

"Lagipun ini bukanlah masjlis formal," tambah dia lagi.

Beberapa bulan kemudian aku berjumpa dengannya lagi. Aku lihat elok sahaja dia panggil seorang pensyarah ini dengan gelaran Dr..


Pelik juga saya mendengarnya kata begitu. Bukankah dia suka panggil abang sahaja?

"Tak boleh begitu Wong. Aku sudah kena tegur oleh penasihat aku. Katanya untuk majlis formal atau tak formal, adab masih perlu dijaga walaupun dia itu orang besar gelar dirinya abang atau akak," ujarnya.

"Lainlah kalau dia sendiri berkeras untuk aku panggil dia abang atau akak."

Betul juga. Baru kejap tadi saya menelefon seorang pensyarah tentang pengajaran tuisyen saya di rumahnya. Saya masih dengan sikap saya menghormati beliau sebagai pensyarah menggelarnya sebagai Dr.

"Eh Cikgu tak perlu panggil saya Dr. Panggil sahaja Akak. Saya lebih selesa dengan itu," katanya kepada saya.

"Baik Dr.. eh akak. Terima kasih." Saya menekan butang 'off' pada telefon bimbit saya mengakhiri perbualan kami.

p/s: Bagaimana dengan rakan maya yang lain? Pernah berbual dengan orang atas atau orang yang tinggi pangkatnya? Apa gelaran yang biasa digunakan? Ada rasa kekok atau biasa sahaja? Jom kongsi bersama.

--

Nota:
1. Gelaran pangkat adalah adat budaya Melayu yang masih perlu dijaga.
2. Pak cik, mak cik, encik, puan, tuan, dan pelbagai lagi perlu ada kerana itu tanda hormat kita kepada orang itu. Kita bukanlah seperti orang Puteh yang terus memanggil nama orang itu semasa berbual.
3. Jika mendapat permintaan daripada pemohon barulah kita ubah gelaran itu agar ia tampak lebih mesra.

2 mengomel

ya, saya ada permintaan, gelarkan saya kakak, lebih mesra daripada gelaran sebelum ini.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon