Khamis, 21 Februari 2013

Pandangan luar tentang fakulti

Saya mula sedar yang apa yang saya ada jauh lebih baik daripada orang lain. Fakulti yang saya tinggal jauh lebih baik dari fakulti yang lain.

"Kira ok la fakulti ini Wong. Besar dan cantik," kata kawan saya apabila saya bawa dia berjalan-jalan di sini.

Selama ini saya selalu dengar desas-desus dan kelu-kelahan staf (termasuk pensyarah) dan pelajar tentang fakulti pertanian. Tak cukup bajet la, tak cukup perabot, tak cukup bahan pengajaran, dan macam-macam lagi.

Namun, apabila dilihat pada kaca mata orang lain, kami jauh lebih beruntung daripada mereka.

Itulah nabi pesan agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Terus saya ucapkan alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kami.

Kalau dalam sesi motivasi, pasti mereka akan guna analogi pandangan kita terhadap gambar ini:



Ada dalam sebuah buku motivasi saya baca pula pengarang mengatakan "Apa aku kisah tentang separuh penuh atau separuh kosong. Apa yang penting ia menghilangkan dahaga aku atau tidak?"

Jadi di sini saya dapat simpulkan bahawa apabila kita melihat sesuatu perkara, lihatlah secara positif. Bukan semua benda di dunia ini sempurna. Apa yang penting kita bersyukur dan berusaha mencapai matlamat kita.

--

Nota:
1. Mendengar pandangan orang luar kadang-kala boleh membuatkan kita sedar bahawa tempat kita lebih baik daripada orang lain.
2. Bersyukur adalah salah satu perkara yang dituntut dalam Islam.
3. Tak kiralah gelas itu separuh kosong atau separuh penuh, yang penting ia memenuhi keperluan kita - menghilangkan dahaga!

3 mengomel

Cantik Fakulti Pertanian baru tu. Saya selalu mesyuarat kat pejabat Dekan. Tak sangka Prof Dr Shukor dah jadi Dekan :)

Saya suka Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi...kat situ ada Putra FM...saya selalu berangan nak jadi salah seorang deejay kat situ...dah pergi audition tapi tidak berjaya.

Then saya suka FBMK sebab ada jurusan Komunikasi Massa kat situ...saya selalu berangan nak jadi pembaca berita...kalaulah saya boleh putar semula masa saya nak ambil Mass Comm dan kejar cita2 saya :)

@Azmir
Beliau seorang yang hebat. =D

@Azham
Boleh sambung master komunikasi.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon