Khamis, 14 Februari 2013

Damak cinta di hari Cinta?


Pendulu yang mudah. Ia mengisahkan tentang damak cinta (love dart). Ramai tidak mengetahuinya. Setelah diberikan satu rencana Wikipedia tentang damak cinta ini, terus mereka faham apa itu damak cinta.

Begitulah kuasa ilmu. Bak kata orang Puteh, ilmu itu kuasa. Bagi saya, hanya yang betul-betul tahu bagaimana menggunakan ilmu itu kuasa.


Saya akan meneruskan usaha saya memperbaiki rencana-rencana di Wikipedia Bahasa Melayu (WBM). Mungkin jika saya tiada nanti (dipanggil Illahi), pasti ada orang lain akan meneruskan kerja saya pula.

Ia tidak akan mati kerana Wikipedia sesiapapun boleh sunting dan sesiapapun boleh menyumbang, jikalah ada yang bertanya...

--

Nota:
1. Hampir semua laman carian pertama Google tentang sesuatu istilah ada menyatakan Wikipedia.
2. Penyunting Wikipedia terdiri keseluruhannya sukarelawan di seluruh dunia.
3. WBM mempunyai editor bebas yang komited untuk menyumbang ilmu dalam bahasa Melayu.
4. Masih ada lagi golongan yang percaya untuk maju, sesuatu bangsa itu perlu faham bahawa ilmu sains dan teknologi bukanlah hak milik sesuatu bahasa sahaja (orang Puteh!).
5. Orang yang mengutuk Wikipedia adalah orang yang tak pernah cuba memahami bagaimana Wikipedia berfungsi!

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon