Semasa saya bergelar mahasiswa dahulu, saya pernah menghadiri sesi temuduga tidak rasmi untuk satu subjek kokorikulum yang saya ambil. Subjek 6 jam kredit itu memang mengcengkam saya selama tiga tahun awal saya bergelar pelajar ijazah muda.
Pandangan menjadi kabur setelah diprovok oleh penemuduga... |
Ada lebih kurang lapan orang yand dipanggil bersama. Saya orang ketiga dipanggil masuk menghadap.
"Awak Wong ya. Boleh beri alasan kenapa perlu saya beri awak A untuk subjek ini? Saya lihat prestasi awak sepanjang hujung tahun ini kurang memberangsangkan," kata pegawai disiplin, Dr. Izham.
Saya gementar ketika itu. Yelah tak tahu nak jawab apa. Perasaan bersalah betul-betul melanda diri saya. Apatah lagi terasa rendah diri teramat pula. Sudahlah saya ini bukanlah pelajar cemerlang dalam subjek ini. Tambahan pula saya memerlukan alatan tambahan untuk melihat dengan jelas.
"Errr. Saya tak kisah keputusan yang diberikan. B+ pun ok." Spontan jawab saya tanpa berfikir panjang.
Saya terkejut juga. Mengapa tidak saya pertahankan bahawa saya memang layak dapat A untuk subjek ini?
"Sesuailah dengan badan awak yang lembik ini." Pandang sinis Dr. Izham kepada saya.
Huh! Terbungkam mata saya mendengarnya.
"Cuba awak berdiri tegak dengan betul. Tengok macam saya. Kalau orang tak kata saya pegawai pun orang boleh agak saya ini pegawai dengan perilaku saya begini." Bangun Dr. Izham menunjukkan dirinya yang tegap itu.
Cis. Terus hati aku kaku untuk berkata apa-apa. Terasa emosi ini betul-betul dipermainkan orang.
Inilah orang kata provokasi semasa proses temuduga. Para penemuduga cuba menguji prestasi emosi dan minda aku kala ini. Jelas, aku tewas dalam mempertahankan diri aku kenapa aku perlu diberi gred cemerlang untuk subjek ini. Walhal 2 tahun awal aku sertai subjek ini aku kurang bermasalah seperti akhir tahun ini.
"Baiklah. Kalau itu awak minta. Kami berikan B+. Firdaus, jangan lupa catat ini. Sesi selesai. Panggil orang seterusnya."
Saya seperti orang yang kehilangan upaya untuk berbicara. Tidak mempertahankan mengapa saya perlu dapat A untuk subjek tersebut. Saya senyum dan beredar pergi dari bilik itu.
Bau wangian lemon di bilik itu tidak mampu menenangkan fikiran saya yang mula bercelaru.
"Tak mengapalah Wong. Keputusan CGPA kamu masih memberangsangkan. Kira ini pengalaman kamu diprovokasi ketika temuduga. Lain kali, jadi orang kuat. Pertahankan apa yang kamu rasa perlu. Tak perlu fikir kamu salah atau betul. Nyatakan hujah yang kuat. Jika tak, kamu hanya akan jadi orang yang senang dibuli." Pujuk hati saya kepada diri yang mula lara ini.
Saya mengambil masa 2-3 hari untuk saya pulih daripada luka provokasi ini.
Nyata, keputusan yang diberikan seperti apa yang saya minta. Apapun, saya redha kerana ada hikmah di sebalik kejadian ini.
Entah mengapa, selepas itu hati saya ini seperti kuat sahaja menahan makian orang. Apa-apa jenis makian pun saya dengar seperti masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri.
Lagi, saya boleh sahaja tenang semasa ditemuduga tempoh hari. Mungkin sebab emosi sudah ampuh melawan kata-kata provokosi tahap rendah (hmmm).
p/s: Bagaimana dengan rakan maya lain? Pernah kena provok semasa temuduga? Lesu seperti saya atau terus melawan? Jom kongsikan bersama. Kalau ada pautan ke blog, boleh terus letakkan untuk sama-sama kita kongsi pandangan.
--
Nota:
1. Sebelum sesi temuduga perlu bersedia dengan soalan-soalan provokasi.
2. Kuatkan emosi dan minda ketika temuduga. Kena tenang (cool) untuk jawab soalan-soalan yang dilontarkan.
3. Nyatakan pendirian. Jangan jadi seperti lalang senang ditiup angin. Kebanyakan penemuduga ingin melihat bagaimana pandangan kita. Ilmu boleh dicari.
5 mengomel
saya adalah salah seorang yang TAKUT untuk ditemuduga. atas sebab provokasi inilah, tak reti nak goreng2 walaupun fakta yang saya berikan betul. selepas ni, saya perlu banyakkan membaca dan bercampur gaul dengan orang ramai.
Tuan Wong, semasa belajar dlu sy selalu diprovok oleh lect lelaki kerana kami pelajar perempuan minoriti di kursus tersebut, hasilnya bila sy menghadiri temuduga, sy jd lebih hebat menjawab soalan apapun dan sy terus dapat kerja tersebut. Anggaplah segala provokasi itu sebagai pengalaman yang kan menerangi perjalanan temuduga lain yang bakal dihadiri.
Banyak kali kena provok ketika temuduga sebelum ni terutama utk jawatan tetap Pegawai Tadbir atau Pensyarah. P/S : mengapa tak minta A-?
Tak pasti pernah kena atau tidak bentuk soalan provokasi ni. Lagi pun saya rasa hanya beberapa kali saya attend temuduga setakat ini.
Oh ye, cuma pernah sekali ketika nak mintak kerja utk sementara cuti semester (tapi tak kata nak sementara), ditanya kenapa tak sambung belajar. Selamba jawab, saya mintak sambung oversea, tak dapat saya tak nak sambung. He he hee...
@Bib Mohamed
Selalu bergaul dengan orang untuk mengatasi ketakutan itu. Insya-Allah boleh.
@Puan Rose
Puan mesti sudah imun dengan provokasi daripada pihak lelaki.
@Kak Dell
Tak tahu lah. Spontan keluar minta B+. Lepas habis sesi temuduga itu baru rasa menyesal tak pertahankan minta A.
@Tuan Baguznet
Mesti ada. Tak semasa temuduga mungkin di waktu lain seperti ketika kerja.
Kerja sambilan memang itu tips yang selalu saya dengar. Jangan kata nak kerja sementara. Lagipun memang wajib penemuduga tanya kenapa tak nak sambung belajar lihat kita muka 'suci'. Heh.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon