Saya memang tak faham istilah kejutan budaya sehinggalah saya sendiri terkejut dengannya. Kebelakangan ini saya melepak dengan rakan-rakan saya yang boleh saya kategorikan orang bandar.
Selama saya tinggal di Serdang ini, saya biasa kawan dengan budak baik-baik. Jarang bergaul dengan budak bandar. Maksudnya budak bandar betul yang suka berjalan-jalan di sekitar bandar KL. Kalau ada pun mereka tidak masukkan saya dalam kategori budak yang boleh diajak keluar.
Terkejut juga saya kerana mereka sanggup pergi ke Damansara hanya untuk makan tengah hari. Saya ikut sahaja kerana tiada apa hendak dibuat di bilik siswazah.
"Eh iKea pun ada restoran ya? Aku tak pernah tahu. Selama ini hanya perabot sahaja."
"Ada la Wong. Fish and Chips di sana memang sedap!" kata Az, rakan saya itu.
Sampai di sana saya rasa lain pula. Saya lihat pemakaian orang-orang KL lain daripada orang-orang Serdang, khususnya UPM.
Pertama, mereka kebanyakan memakai pakaian berfesyen. Susah nak lihat wanita bertudung labuh tidak berkelip-kelip bajunya. Manakala lelaki Melayu berbagai bentuk baju ada.
Saya pula hanya memakai t-shirt merah dengan seluar jeans serta kasut lusuh warna cokelat.
Saya mula memahami bagaimana jika orang kampung betul datang ke KL. Mesti mereka ingat orang KL semua kaya-kaya dengan pakaian sebegini rupa.
Jika tersalah ikut, mungkin mereka pula ingin jadi seperti orang KL.
Apatah lagi makanan di sini bagi saya cukup mahal. 3 kali ganda harganya daripada makanan di sekitar Serdang dan Putrajaya.
Tidak mengapalah untuk mencuba tetapi jika untuk setiap hari, boleh botak rambut saya begini memikirkan bagaimana nak tampung hidup makan minum setiap hari.
Nasib baik rakan-rakan yang saya ikut serta ini jenis tak kisah dengan pemakaian saya. Walaupun makanan yang mereka makan boleh saya katakan mahal buat saya, mereka layan sahaja.
Untuk sekali sekala ikut mereka jalan-jalan cari makan, bolehlah. Setiap hari, rasanya tidak boleh. Duit poket saya tidak mampu menampungnya!
Apa yang saya perhatikan juga, jalan di KL ini banyak tol. Patutlah kos hidup di KL tinggi. Tambahan parkir pun berbayar.
--
Nota:
1. Terkejut dengan budaya orang lain jangan sampai budaya kita luruh pula.
2. Untuk melawan fenomena kejutan budaya ini, seseorang itu perlu mendapat kawan yang betul.
3. Tidak berbaloi untuk makan setiap hari di KL. Makanannya mahal!
5 mengomel
saya kerja kat KL... hari-hari pun makan kat KL... :)
* kena cari lubuk makan yg murah... hehehe...Ikea tu sesekali boleh la... :)
@Puan ejaMaria
Untungla orang KL. Gaji besar. =D
Kena pandai bajet utk makan..
masak la.. kan dah beli buku resepi.. hehehe
Malas le. Bujang katakan~
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon