Sejak kebelakangan ini saya kerap kali berada di fakulti untuk melakukan kerja. Walaupun kebanyakannya hanya duduk di meja kerja dan tidak tahu hendak buat, sekurang-kurangnya saya berasa lega.
Saya rasa tidak selesa apabila berada di rumah. Yelah. Saya rasakan saya bukanlah pelajar sarjana apabila saya asyik melepak di rumah. Memanglah rumah saya ada sambungan Internet laju (unifi you~), tapi rasanya lain sungguh. Walaupun ada begitu banyak buku di rumah, saya masih rasa lain.
Saya kemudian dapati saya lebih bersemangat dan kembali merujuk objektif tahunan saya apabila saya ada jumpa orang. Sekurang-kurangnya bertegur sapa.
Jika tak, motivasi saya mudah turun.
Agaknya, saya ini jenis yang kena jumpa orang barulah boleh hidup. Hmmm.
Dengan itu saya mendisplinkan diri saya untuk duduk di fakulti selama 8 jam sehari. Sama seperti waktu pejabat. Cuma saya gerak lewat iaitu pada pukul 10am. Biasanya awal pagi saya akan bersiap-siap dahulu. Buka emel, Facebook, cek Wikipedia, dan membuat beberapa kerja yang lain.
Apabila di fakulti pula, saya akan mula membuka netbook dan membuka emel dan Facebook juga. Erk.
Nampaknya saya kena disiplinkan diri untuk membuka dan membaca jurnal sebaik sahaja sampai di fakulti. Jika tak, bila lah projek sarjana saya akan tamat...
Saya balik ke rumah pada lewat pukul 6 petang. Selalu juga saya lihat penyelia saya, Dr. Husni di biliknya sedang ralit membuat kerja. Biliknya berada dalam laluan saya untuk pulang jadi saya selalu menegur Dr.. Kadang-kala jika Dr. terlalu ralit membuat kerja, saya berlalu sahaja tanpa menegur. Tidak mahu kacau beliau bekerja.
Apa yang penting sekarang, saya perlu mendisiplinkan diri untuk membuat kerja saya sebagai pelajar sarjana...
2 mengomel
Samalah kita. Kadang2 terbabas masa tanpa berbuat apa2 yang sepatutnya seorang sarjana lakukan. Disebabkan itulah, saya mengajar tuisyen supaya ada juga masa tidak leka dgn aktiviti yang tak sepatutnya. Masa terisi dan tambah pendapatan. Bila kita perasan masa senggang bertambah kurang, automatik kita akan panik dan menumpukan kerja2 yang sepatutnya kerana takut kehabisan masa... :)
@Kak Dell
Nasihat berguna kak. Sejak dua menjak saya sibukkan diri ke fakulti terasa kena buat kerja cepat. Tambahan lagi ada pelajar perlu ajar. Terima kasih.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon