Tutor sambilan, impian akan datang

2 bualan
Pin It

Setakat ini saya baru survey satu tempat tuisyen bagaimana mereka kendalikan tutor rumah (home tuition). Memang sukar kalau saya mengaku saya nak buat tutor rumah dan ingin minta tunjuk ajar mereka. Agak-agak juga lah kan?

Untuk itu saya mengaku saya sebagai abang yang penyayang datang ke pusat tuisyen mereka untuk buat tinjauan untuk tutor rumah adik saya (yang sememangnya sudah menjangkau usia 21 tahun!). Dan saya tak suka kalau mereka promosi Skor A pula.

"Assalamualaikum kak.Saya datang nak tanya tentang home tutor di sini."

"Waalaikumsalam. Boleh. Silakan duduk. Di sini kami bla bla bla..."

Aku mendengar dengan kusyuknya. Tujuan utama adalah untuk mencendok maklumat-maklumat seperti harga per jam yang dicaj, cara pengajaran, dan tip-tip untuk ajar budak-budak sekolah menengah.

"Kami tawar RM150/jam untuk satu subjek. 1 jam kami ajar satu topik. 1 jam lagi kami akan lakukan latihan. Selalunya kalau tak buat latihan lepas mengajar memang budak akan lupa minggu depan apabila kami datang nanti," jelas kakak bertudung hitam itu.


"Kak ada pengalaman tak ni?"

"Saya memang seorang tutor sejak tahun 2000. Saya graduan kejuteraan. Dahulu buat sambilan. Lama-lama jatuh cinta mengajar. 12 tahun pengalaman mengajar. Soalan-soalan PMR dan SPM memang dalam genggaman. Sudah dapat kesan soalan-soalan apa akan keluar nanti. Pusat tuisyen ni saya yang kendalikan. Sudah 3 tahun kami beroperasi," jawab kakak itu.

Wah! Lihat. Siapa kata kalau belajar dalam bidang kejuteraan wajib jadi seorang jurutera? Tak jadi cikgu pun tidak mengapa. Tutor boleh menjadi pengganti. Aku lihat kakak ini juga hebat dalam menarik minat untuk aku hantar adik aku pergi ke sini.


Sekarang hujung tahun. Masih sempat kah?

"Tak semestinya untuk SPM sahaja home tutor. Persediaan untuk tingkatan seterusnya kami ada sediakan. Kami lakukan kursus intensif. Sebab itu satu jam satu topik. Sini memang keras dan berkesan," tambah kakak itu lagi.


Cuma ada sikit kebocoran di situ,

"Adik ni tinggal di mana yea?"

Err... Takkan lah aku nak jawab aku tinggal berdekatan sini. Habislah nanti. "Saya tinggal di Bangi."

"Jauhnya. Seksyen berapa tu? Adik sekolah apa?"

Alamak! Kalau aku mengaku aku nak survey untuk sepupu atau anak saudara senang sikit nak reka maklumat.

"Entahlah kak. Ibu bapa saya baru sahaja pindah ke sini. Sekolah adik saya pun tak la saya tahu apa."

Kakak itu sudah bermuka kerut. "Habis tu, adik ni buat apa sekarang?"

Dengan bangganya saya jawab, "Saya pelajar U. Sekarang sambung master."

"Eh kalau begitu kenapa tak ajar sahaja adik. Sudah lupa?"

Ish. Banyak tanya pula. Kak ni nak pelanggan lari kah?

Saya hanya melemparkan sebuah senyuman manis tanpa berkata apa.

"Baiklah kak. Nanti apa-apa hal saya datang sini. Saya hanya tolong ayah saya buat survey sahaja dulu."

"Ok. Ni kad saya. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh la call tanya."

Lega. Nampaknya saya perlu merancang strategi untuk menjadi tutor rumah di kawasan sekitar perumahan saya ini. Maklumat yand saya dapat memang amat berguna.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Nanti dorang confuse, LCW dah ubah kareer jadi private tutor. :-)

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia