Selasa, 19 Februari 2013

Pengajaran Yang Bermakna


Saya duduk sendirian di bilik siswazah. Termenung mengenangkan nasib. Apakah akan terjadi dengan gred C yang saya dapat semester lepas? Fikir saya.

Pertama, mestilah dana untuk GRF tidak akan saya dapat kerana syarat jelas menyatakan bahawa PNGK siswazah yang memohon tidak boleh bawah 3.0.

Kedua, saya risau tentang biasiswa MyBrain15 pula. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas bahawa pemohon tidak perlu gred PNGK bawah 3.0 saya tetap risau.

Beberapa hari lepas saya terserempak dengan rakan saya yang juga mendapat gred bawah 3.0.

"Alah Wong. Apa susah. Kau isi sahaja borang semakan. Minta pensyarah subjek itu upgrade gred," ujar dia kepada saya.

Saya kurang yakin dengan penerangan dia kerana saya pernah terkena dengan nasihatnya. Walaupun perwatakan nampak alim, tetapi tidak bermakna dia bersifat begitu.

Saya hanya menganggukan kepala sahaja tanda setuju. Tidak mahu bersembang panjang dengannya tentang ini.

Keesokannya juga saya isi borang rayuan.

"Adik pergi jumpa pensyarah subjek adik itu. Kemudian minta cop daripada dia," kata pegawai di kaunter Sekolah Pengajian Siswazah.

Memori saya kembali ke alam nyata apabila ditegur jiran sebelah meja saya.

"Wong, tak perlu risau. Pergi sahaja tanya Dr. Dia tak makan oranglah."

Aku membalas dengan anggukan.

Baik. Saya bangun dan terus ke tingkat 2. Bilik pensyarah itu betul-betul di hadapan pintu tangga tingkat 2.

"Masuk," kedengaran suara dari dalam bilik.

"Selamat pagi Dr. Saya Wong, pelajar Master yang ambil kelas Dr. semester lepas," saya membuka kata. "Saya datang ini nak minta jasa baik Dr. upgrade gred saya."

Beliau memandang saya. Kami saling berbalas pandangan.

"Maaflah Wong. Saya sudah bagi gred terbaik untuk awak."

"Tapi Dr."

"Tiada tapi-tapi. Awak sudah la buat tugasan cincai. Laporan amali pun awak tidak hantar."

"Saya hantar."

"Saya ingat lagi. 2 laporan amali awak tidak hantar." Beliau terus merujuk ke paparan skrin LCD di belakangnya.

Kemudian berlakulah sesi dialog antara kami. Beliau banyak berleter tentang betapa pelajar sekarang mudah dapat pinjaman sampai tidak menghargai apa yang mereka belajar.

Saya melanguk di situ. Berdiri tegak mengharapkan belas ihsan beliau.

Setelah selesai berceramah, beliau mencapai kertas permohonan semakan gred.

"Ini untuk kebaikan awak juga." Tangannya laju menulis sesuatu pada ruang kotak gred baru. Kemudian beliau turunkan cop atas itu.

"Apabila awak kaya nanti. Jangan lupa tentang ini," tutup beliau perbincangan kami.

Saya mengambil kertas itu dan mengucapkan terima kasih. Memang dalam hati ini terasa kecewa kerana nampaknya saya kena bersusah payah lagi untuk semester mendatang ini. Walaupun begitu, saya yakin ada hikmah di sebaliknya.

--

Nota:
1. Saya sepatutnya berjumpa pensyarah awal-awal lagi sebelum peperiksaan akhir jika mendapati markah tugasan saya rendah.
2. Jika tidak dapat ikuti subjek, ambil keputusan mudah dengan menggugurkannya berbanding bersikap positif saya mampu bawa.
3. Saya perlu tingkatkan lagi teknik pemujukan saya.

4 mengomel

saya dapat D+ untuk satu subjek lepas.
Saya tak buat recheck. walaupun rasa nak sangat.

Bila awak kaya nanti sedekahkan pisang setandan utk pensyarah awak tu nanti yer, tanda terima kasih sebab dia doakan awak jadi kaya...hehehe

Sepanjang pembelajaran saya tak pernah jumpa pensyarah... mungkin saya segan dan terasa memang kelemahan diri sendiri...bagus juga ada keberanian berbincang dgn pensyarah berkaitan result peperiksaan.. semasa saya baca entri ini saya amat mengharapkan pensyarah Wong mempertimbangkan rayuan tu ..

@Dee
Appeal (kata Inggerisnya). Nanti bila sudah ada keberanian buatlah. Tak tahu sehingga kita lakukannya.

@Kak Rose
Insya-Allah.

@Puan Suka
Jazakallah atas komen puan. Saya yakin puan sekarang mesti berani orangnya. Pengalaman banyak mengajar kita untuk hidup.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon