Selasa, 12 Februari 2013

Penangan Pesta Jualan Buku Murah

"Aku ini bukan jenis membaca orangnya," kata kawan saya Jo. "Terutama buku bahasa Inggeris."

Saya pandang dia pelik. Habis itu mengapa beli buku BI ketika di Big Bad Wolf?

"Murah," jawabnya ringkas.

"Kadang-kala bosan, bayangkan, aku sanggup membelek membaca atlas. Walhal tiada apapun. Sahaja mengisi masa lapang mengenal tempat-tempat di dunia."

Seraya, aku dan dia tergelak mendengarnya. Sampai begitu sekali penangan buku murah. "Janji ia murah," tambahnya lagi.


Kali ini akan diadakan pesta jualan buku Big Bad Wolf kali kedua dengan menawarkan harga buku yang lebih murah.


Saya memang menantikan ini. Berdasarkan pengalaman saya dua tahun lepas, untuk sesi kedua ini, kebanyakan lambakan buku pada pesta pertama pasti ada lagi. Melainkan buku itu buku panas.

Kerana itu, semasa pesta jualan BBW tahun lepas, saya kurang membeli buku. Lagipun tidak semua buku yang dihidangkan menarik minat saya. Harga juga memainkan peranan penting.

Saya tidaklah pelahap buku seperti mak cik buku. Saya ada kriteria dalam pembelian buku kerana saya tak boleh sewenang-wenangnya menghabiskan duit saya kepada buku-buku tidak berkualti isinya.

Semasa jualan pertama tempoh hari, saya target untuk membeli beberapa buah buku perniagaan. Saya yakin jualan kali kedua ini, buku-buku tersebut akan ada kerana tempoh hari ia belambak. Lagipun ia bukanlah tergolong dalam kategori buku panas. Yang pasti ia akan dijual dengan harga lebih murah berbanding jualan pertama.

Mungkin saya tidak sempat membaca buku yang saya beli pada tahun ini, mana tahu suatu hari nanti ia berguna kepada saya. Terutama sebagai seorang editor bebas Wikipedia Bahasa Melayu, saya boleh jadikan buku-buku yang saya beli sebagai panduan untuk saya menulis di WBM.

Apa yang pasti, para pelajar yang tinggal sekitar Pusat Membeli Belah MINES beruntung kerana mereka juga menerima baucer buku RM250... (Alhamdulillah.)

--

Nota:
1. Fenomena buku murah mampu menggalakkan rakyat Malaysia membaca.
2. Buku yang dibeli mungkin tidak dibaca, namun ia boleh menjadi koleksi untuk orang lain baca (jika kita rajin berkongsi perpustakaan mini di rumah bersama keluarga).
3. Perlu bijak dalam membelanjakan wang kita apabila membeli buku. Pastikan buku yang dibeli mampu memberi kita pulangan kembali (ilmu bermanfaat semestinya!)

2 mengomel

Hi Wong, Mak Tam ada menerbitkan buku panduan membuat produk natural farming. 15 salinan diberi percuma pada saya. Emailkan saya alamat kamu, saya boleh bagi 1 buku secara percuma. Email saya azmirfirdaus[@]gmail.com

ps: buang [ ] sebelum email :)

Baik. Saya sudah emelkan maklumat saya.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon