Isnin, 25 Februari 2013

Berani Menghantar

Kadang-kala saya jelek membaca tulisan orang ternama tentang tips menulis. Ada yang berkata penulis muda terlalu cepat untuk menghantar karya hinggakan banyak karya mereka ditolak. Kata mereka penulisan pengarang muda terlalu cetek sehinggakan tidak menepati ciri-ciri artikel berkualiti.

Saya menolak pandangan itu. Sebagai seorang penulis muda dan baru, saya rasa lebih elok saya hantar karya saya terus kepada mana-mana akhbar atau majalah untuk dinilai. Jika saya terus berkira-kira untuk menghantar atau tidak artikel saya, sampai bila saya tahu ia baik atau tidak?

Banyak saya lihat penulis terkenal bermula dengan menghantar tulisan mereka yang dianggap berkualiti rendah. Dari situlah mereka belajar untuk menulis dengan berkualiti.

Hmmm. Sebenarnya nak katalah, karya saya telah ditolak. Uhuk... Agak sedih tetapi ia berulam gembira! Ye gembira kerana editor ada membacanya. Alhamdulillah.

Ulas editor, "perkataan bersambung antara satu sama lain. Mohon tulis semula."

Saya kurang faham tentang ini. Nak ditanya maksudnya, tak lah pula saya sempat untuk balas.

Tak apa. Saya tulis semula artikel ini dari awal. Kali ini lebih teratur. Idea dan isi sudah ada. Cuma perlu disulam dengan baik agar ia boleh dibaca dengan mudah.

--

Nota:
1. Penolakan tidak semestinya bermaksud kegagalan.
2. Perlu berfikiran positif apabila menerima penolakan.
3. Perlu berani untuk menghantar karya kita ke mana-mana syarikat penerbitan.

4 mengomel

Penolakan karya bagi penulis muda satu perkara yang biasa. Malah digalakkan hantar supaya kita tahu kelemahan kita di mana. Mana ada orang yang menulis terus sempurna, elok ayat macam yang dihajati editor.
Menulis memang perlu bakat, tapi latihan menulis juga penting. Sedikit bakat, jika disertakan dengan latihan da sikap yang betul hasilnya pasti hebat

Hantar pada penerbitan alternatif.

majalah mana?

@Fauzi
Setuju!

@SARS
Kurang faham.

@Asrul
Majalah sama yang kamu hantar itu.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon