Isnin, 4 Februari 2013

Keputusan peperiksan Bulan Sabit

"Kak, bagaimana keputusan subjek analisis tanah?" kedengaran suara bersembang di sebelah meja kerja saya. Jiran saya sedang bersembang tentang keputusan peperiksaan.


"Alhamdulillah. A-," jawab kakak bertudung biru itu.

Terus saya membuka mata dan menggerakan tetikus saya terus ke laman SGS. Saya juga ingin tahu keputusan peperiksaan saya.

Saya ambil pautan keputusan.

Mata saya terbungkam luas. Saya redha dengan keputusan yang muncul. Nampaknya usaha saya sama seperti apa yang saya dapat.

Huruf berbentuk bulan sabit itu membuatkan saya rasa lain macam. Nampaknya pelan untuk saya ambil biasiswa semester ini gagal.

Selayaknya 3.0 perlu untuk mendapat biasiswa RM1.5 k sebulan. Dengan keputusan yang keluar ini, saya nyata tidak boleh berharap untuk itu.

Saya tutup pelayar web. Termenung melihat tingkap. Hujan renyai-renyai di luar sana. Ia seperti merintih bersama saya.

Saya keliru. Bagaimanakah ingin saya teruskan kehidupan sebagai sarjana jika ini jawapannya?

Allah. Saya terasa begitu lemah sekali. Selama ini pun saya sudah bertahan adakah ini juga masanya saya bertahan juga?

Mungkin ada hikmah di sebalik keputusan ini. Saya tersentak buat seketika seperti ada satu batu besar menghempap dada ini. Terasa sesak nafas. Udara penghawa dingin yang bertiup di belakang leher saya ini terasa sangat sejuk.

Lama sungguh saya termenung. Saya fikir lebih baik saya beritahu penyelia saya tentang ini. 

Ada juga saya cuba berbincang dengan rakan yang mengambil sarjana. 

Dia pun menggunakan geran sebagai penyelidik. Jadi dia tidak tahu tentang biasiswa lain. Apakah dia orang terbaik untuk saya bertanya tentang ini? Hanyalah dia sahaja saya fikir orang terbaik untuk saya mula berbicara.

Ternyata ia hanyalah seperti angin lalu menyejukkan hari yang panas. Tidak mampu menghilangkan rasa panas di hari yang sejuk ini.

Hati ini masih tidak berasa lega.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhadapan dengan penyelisa saya lewat petang tadi.

"Dr., ada perkara yang ingin saya beritahu," pandang saya di hadapan meja Dr.

"Ha Wong. Bagaimana dengan projek kamu?"

Saya endahkan sahaja soalan itu.

"Tentang subjek semester lepas, saya dapat keputusan teruk. Jadi saya nak minta pandangan Dr. tentang ini."

"Apa yang teruknya?"

"Saya dapat C untuk subjek fizik tanah."

Beliau diam seketika. Mungkin sedang berfikir. Memang begini jika berbicara dengan penyelisa saya. Bicara kami selalunya pasti ada jeda masa.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon