Berkata perkara kebaikan

Berbual

Semalam saya sempat bersembang dengan salah seorang junior jurusan saya. Dia seorang pelajar tahun kedua di UPM. Dalam bercerita tentang hortikultur, saya tertarik untuk bertanyakan pandangan dia terhadap Dr. Siti Hajar, seorang pensyarah yang terkenal di kalangan kami alumni sains hortikultur dahulu.

"Kadang-kala terasa ingin marah apabila bercakap dengan beliau. Susah jika sudah tua masih lagi ingin bekerja," antara komen yang dia berikan tentang Dr. Siti.

Aku hanya mendiamkan diri. Tersenyum dan cuba menasihati dia agar berbicara molek. Mungkin bagi yang baru kenal Dr. Siti Hajar akan berkata begitu. Tetapi tidak bagi aku ini. Aku telah mengambil projek tahun akhir di bawah kelolaannya. Bukan setakat itu sahaja, beliau juga telah banyak mengajar aku akan erti sebenar sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda.

Terasa menyesal di hati ini apabila membangkitkan isu Dr. Siti. Yelah. Sepatutnya saya terus menukar topik perbualan agar kami tidak terus terjebak dalam membuka aib orang lain. Astagfirullah'azim.

Daripada perbualan itu saya mula memahami bahawa lebih elok kita tidak berkata buruk tentang seseorang kerana ia tidak baik untuk diri kita mahupun orang yang mendengarnya. Apatah lagi orang yang mendengar itu mengenali sungguh orang yang dikatakan itu. Lagipun, kita sendiri tidak mengenali mereka sepenuhnya.

Bagi yang mendengar pula, lebih elok jauhi perbualan seperti itu. Eloklah berlakunya penukaran topik lain. Biarlah suasana menjadi aman dengan kisah kebaikan orang.



Berminat Baca

Sup Tauge Kasar Ala-ala Korea

13 bualan
Saya pernah membuat projek tahun akhir saya tentang taugeh kasar. Taugeh kasar secara kasarnya adalah cambahan benih kacang soya. Di Malaysia taugeh kasar banyak digunakan dalam masakan tempoyak. Rasanya rangup pada kacang soya itu sendiri.

Ia tak sama seperti taugeh halus yang lebih kepada hipokotil yang manis. Jadi memang berbeza 2 jenis taugeh ini.

Saya cuba mencari resipi lain untuk masakan tauge kasar dan terjumpa akan masakan oleh makcik Korea ini. Slangnya lebih kepada Kenglish (kalau Malaysia, Manglish).
Berminat Baca

Operasi berjaga selama 63 jam dengan buku

Berbual

Jangan lepaskan peluang untuk bermalam di sini!
Terkejut saya apabila melihat promosi Big Bad Wolf yang mengatakan mereka akan membuka jualan selama 63 jam tanpa henti!

Bermula dari 6.30 pagi Jumaat sehingga 9.30 malam Ahad!

Memang jualan buku terbesar di Malaysia dan dunia!

Jom ramai-ramai meriahkannya!

Berminat Baca

Kesan Wikipedia kepada Dunia

Berbual

Wikipedia mungkin tidak boleh dipercayai, tetapi ia membantu saya dalam memahami subjek susah. Ia telah memudahkan apa yang susah dan membuka ruang baru untuk saya memahami lagi sesuatu perkara bukan berdasarkan kamus sahaja.

Wikipedia juga terbahagi kepada banyak bahasa. Ia tidak fokus kepada bahasa utama di dunia ini sahaja, malahan bahasa Jawa pun ada! Dan yang pasti bahasa Melayu juga berkembang.

Pernah saya lihat satu proposal untuk mencipta Wikipedia tulisan Jawi, namun ia tidak menjadi. Antara sebabnya ialah kekurangan perisian taipan jawi. Mungkin tulisan Arab ada tetapi jawi setakat ini saya lihat hanyalah secara online. Tambahan pula, penyumbang penciptaan dan pembaikan rencana di Wikipedia Bahasa Melayu adalah sangat kurang. Boleh kira dengan jari untuk penyumbang bagi kategori-kategori tertentu.
Berminat Baca

3 Monyet Kejahatan (Sanzaru) - Filem Pendek

Berbual

Apabila saya menonton filem pendek ini, entah kenapa hati terasa seperti sungguh sedih. Tertanya kenapa masyarakat dalam filem ini boleh jadi seteruk begini?

Sanzaru, 3 monyet kejahatan dalam lagenda Jepun.

Jangan berkata kejahatan. (Say no evil)
Jangan dengar kejahatan. (Hear no evil)
Jangan lihat kejahatan. (See no evil)
Berminat Baca

Penerbit buku menjamin kualiti isi buku

5 bualan

Saya setuju dengan kenyataan itu. Berdasarkan pengalaman saya membeli pelbagai jenis buku setakat ini, penerbit buku memainkan peranan penting dalam isi kandungan sesuatu buku. Terdapat tiga sebab utama saya berkata begitu antaranya ialah kerana penerbit buku sebagai pemasar kepada buku penulis, melambangkan jenis-jenis buku yang diterbitkan, kredibiliti penerbit dalam menerbitkan buku berkualiti.

Pertama, penerbit buku sebagai pemasar buku penulis. Ini bermula dari kulit muka buku sehinggalah cara penyusunan buku. Setakat ini saya berpuas hati dengan cara PTS menerbit buku-buku mereka. Ia tersusun dan tampak profesional tidak seperti beberapa penerbit lain. Al-hidayah mungkin menguasai pasaran buku keagamaan Islam, tetapi sayangnya ia masih berada pada tahap membosankan. Kulit buku yang tak cantik, penyusunan isi yang kurang menarik, dan terdapat kesalahan ejaan mahupun terjemahan dalam hampir setiap buku yang saya beli daripada terbitan tersebut.

Apatah lagi saya lihat al-Hidayah cuba memasuki pasaran selain daripada keagamaan seperti herba dan tumbuhan. Namun, saya hampa dengan cara penyampaiannya kurang menarik dan isi yang seakan boleh sahaja di dapati di blog-blog biasa.

Kedua, simbol penerbit sebagai lambang kepada buku mereka. Contoh terbaik adalah PTS. Terdapat banyak anak syarikat PTS dan setiapnya melambangkan niche yang berlainan. Apabila saya melihat novel dan ia diterbitkan oleh PTS Litera secara automatik saya sudah tahu ia buku terjemahan. Manakala apabila saya terlihat novel terbitan PTS One saya sudah dapat menjangka ia novel berkaitan remaja.

Ketiga, kredibilit penerbit penentu kredibiliti buku. Saya mungkin salah tetapi itulah yang saya nampak. Saya juga dapat lihat bagaimana Hilal Asyraf juga telah bertukar penerbit buku terbarunya daripada Galeri Ilmu Sdn. Bhd. kepada PTS. Saya lihat ia lebih menarik dan kukuh.

Kesimpulannya, jika saya terlihat buku-buku baru di pasaran, perkara pertama saya akan nilai adalah syarikat penerbit buku itu. Kemudian barulah saya nilai penulis dan isi kandungannya. Yang pasti, terbitan Synergi Media mendapat tempat buruk di hati saya.
Berminat Baca

Beramal dengan menderma ke Aman Palestin

Berbual

Jom derma melalui Aman Palestin.
Saya juga ingin menjadi sukarelawan Aman Palestin.
Berminat Baca

Sayembara Penulisan untuk semua

2 bualan
Saya tertarik untuk menyertai pertandingan penulisan puisi, cerpen dan novel ini. Hadiah yang ditawarkan juga cukup lumayan.
Berminat Baca

Sukarelawan Aman Palestin di MAHA 2012

Berbual
Semalam saya berkesempatan berjalan-jalan bersama rakan saya ke MAHA 2012. Saya telah pun ke MAEPS pada Jumaat lalu atas urusan tidak berapa penting. Kali ini saya datang untuk berjalan-jalan sahaja dahulu. Belum masanya mengumpul brochure dan gambar lagi. Saya mahu makan angin dahulu.

Sedang saya elok bersiar-siar itu saya terserempak dengan sepasukan sukarelawan Aman Palestin. Semuanya adalah sahabat-sahabat saya dari UPM juga sebagai ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Mereka ialah anak-anak muda atau lebih tepat lagi golongan belia yang cakna dengan isu Palestin dan ingin turut berjuang membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis laknatullah.

Saya mengambil kesempatan untuk menderma dan berborak dengan salah seorang daripada mereka.

"Bagus. Aku lihat ada kesedaran rakyat Malaysia tentang isu Palestin kini. Baru kejap tadi ada seorang wanita datang memuji Aman Palestin. Katanya,

"Bijak yea adik. Tahu-tahu sahaja buat (kutipan derma) di tempat strategik ini. Yelah. Ada yang ingin menyumbang tapi tak tahu di mana dan bagaimana." kata dia sambil memasukkan wang kertas berwarna merah ke dalam tabung.

Ada juga ibu bapa yang melatih anak-anak mereka menderma dengan memberi anak-anak mereka memasukkan sendiri wang derma ke dalam tabung." Ujar rakan saya, Izham.

"Walaupun begitu, ada juga pengunjung yang was-was dengan tindakan aku berdiri meminta derma di sini. Aku hanya senyum dan menerangkan aku sebagai sukarelawan Aman Palestin. Apapun itu kuasa Allah untuk menggerakkan hati mereka untuk menderma."
Berminat Baca

Menyaring topik terkenal di blog ini

5 bualan

Saya mendapati ramai yang menggunakan kata kunci tanaman dan UPM sampai ke blog saya. Alhamdulillah. Semoga ia membantu mereka yang mencari jawapan atau pandangan lain di blog saya ini.

Nampaknya saya sudah mulai jumpa niche blog saya ini. Tanaman dan UPM. Apa kata rakan lain pula tentang blog saya?
Berminat Baca

Operasi menjernihkan kecelaruan MAHA 2012

3 bualan
Esok akan bermulanya pameran pertanian terbesar di Asia iaitu Malaysia Agriculture, Horticulture, and Agrotourism (MAHA) bertapak di MAEPS.

Saya gembira kerana dengar khabarnya saya akan dapat turut serta menyumbang tenaga kerja saya di sana nanti. Ini kerana ada kawan saya yang memberi tawaran kerja di MAHA bawah syarikat FxMX (sebuah syarikat misteri kelolaan MOA). Petang tadi pukul 3 pm saya dan kawan-kawan pergi ke MAEPS untuk sesi temuduga kerja di bawah pihak FxMX(dieja salah agar tidak dijumpa oleh Google).

Saya sebenarnya tidak dapat tawaran kerja ini. Saya cuba menghubungi rakan saya tentang perkara ini, "Mereka kelmarin kata Wong tolak kerja yang mereka tawarkan."

Jawapan yang diberikan itu terus membuatkan saya berasa tidak puas hati. Sejak bila pula pihak FxMX menelefon saya dan saya kata saya tolak? Saya sungguh tidak puas hati dengan fitnah ini!

Jadi saya turut serta bersama dua orang rakan saya lagi yang mendapat tawaran kerja di sana. Saya mahukan penjelasan dan mungkin mendapat tawaran kerja itu.
Berminat Baca

Alternatif lain selain daripada Terjemahan Google

Berbual
Sukar untuk mencari perisian terjemahan yang sempurna. Dan saya pasti tidak akan ada terjemahan sempurna. Lagipun ayat-ayat terjemahan masih memerlukan orang untuk menterjemah kerana ia melibatkan budaya dan emosi mengikut ayat. Tidak boleh hentam sembereno sahaja.

Oleh itu saya terlihat satu perisian yang menyerupai Google Translate tetapi bukan terjemahan seperti Google Translate. Ia fokus kepada terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Saya rasa ia dibangunkan oleh rakyat Malaysia juga. Perisian itu digelar CitCat.com.

Walaupun begitu, saya masih kekal dengan gaya terjemahan saya secara manual. Saya akan cari kata yang sesuai dari laman PRPM dan kemudian menyusun ayat terjemahan sesuai mengikut budaya dan gaya bahasa Melayu yang betul.
Berminat Baca

Apabila Google menjadi kawan baik saya

Berbual
Saya tak nafikan kepentingan Google pada masa kini. Hampir semua carian kata kunci saya taipkan pada Google pasti akan membawa saya kepada penemuan terhebat. Ia sungguh misteri. Ia sungguh menakjubkan.

Perkara ini tidak berlaku sama sekali dengan enjin carian lain seperti Yahoo! Ask, mahupun Bing!. Carian Google seperti tahu apa yang terlekat di minda saya ini. Entah kenapa jika saya mencari kata kunci 'PKU UPM' senarai kedua adalah blog saya!

Walhal saya hanya menulis satu entri sahaja tentang PKU UPM. Ia seperti mengetahui apa yang tertakluk di minda carian pelajar UPM sendiri. Kisah berkenaan PKU UPM. Semestinya saya tulis yang baik-baik sahaja. Saya tidak mahu menanggung risiko sekali lagi dihentam akibat kritikan tidak bermakna saya.

Saya tidak pelik apabila membaca sebahagian buku kaedah melakukan kajian (doing research project) banyak mengatakan kehebatan Google. Malah penulis menyarankan agar ahli kaji menggunakan Google sebagai teman baik mereka.

Pastinya saya sudah menjadikan Google sebagai kawan baik saya. Cuma ia tidak seakrab yang saya sangka. Saya masih tidak mengenali Google sebagaimana Google mengenali saya. Apabila saya menaip di cariannya, ia mampu memberikan saya jawapan yang terkandung dalam minda saya ini. Sebaliknya saya tidak tahu pula bagaimana dia tahu akan hal itu.

Kemudian saya tertarik dengan satu panduan menggunakan Google sebaik mungkin. Ia dipanggil Google Guide. Siapa sangka ia memang satu laman web yang interaktif seperti yang didakwa oleh pembuat laman itu sendiri.

Kini, Google menjadi lebih akrab bersama saya. =)
Berminat Baca

Boikot barangan Israel

3 bualan
Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak."

Itulah kisah yang terbayang di minda saya ini apabila berkata tentang boikot.


Berminat Baca

Penantian di yang lama Hospital Serdang

5 bualan
Saya cukup tidak suka apabila perlu pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Masalah utamanya ialah masa saya akan banyak dibazirkan di sana.

Pagi semalam mata saya terasa sungguh sakit. Saya rasa mata saya terkena jangkitan kuman. Kerana itu saya gagahkan diri juga untuk pergi ke PKU semula. Sebelum ini telah saya pergi tetapi ubat titisan yang diberikan tidak memberi kesan sangat.

Saya terpaksa membuka mata semasa membonceng motosikal ke sana. Ia sangat pedih jika saya berkelip mata walaupun sekali. Untuk itu saya cuba bertahan untuk membuka mata tanpa berkelip. Di saat itu barulah saya menyedari betapa bersyukurnya manusia dapat mengelipkan mata. Subhanallah.

Seperti biasa di kaunter pendaftaran akan saya minta doktor tempatan untuk merawat. Kali ini saya mendapat doktor bilik 15. Seorang doktor wanita Melayu.
Berminat Baca

Berjiran dengan warga asing

Berbual
Saya telah pun mendapat sebuah bilik untuk pengajian sarjana. Alhamdulillah. Bilik ini mempunyai 10 meja untuk para sarjana dan PhD gunakan.

Setakat ini telah 8 orang mendaftar di dalam bilik ini. Saya melihat hanya 3 orang tempatan termasuk saya. Manakala 3 orang lelaki dan saya seorang sahaja tempatan.

Bertentangan meja dengan saya terdapat 2 orang warga Pakistan sambung belajar dalam bidang kedoktoran. Mereka cukup peramah.

Apa yang saya dapat perhatikan adalah mereka berdua ini cukup suka bersembang. Kalau bersembang tidaklah seperti orang tempatan. Cakap seperti kawan itu jaraknya 5 meter, walhal 1 meter sahaja jarak mereka.

Saya tak kisah kerana saya bukan fahampun bahasa yang mereka tuturkan.

Ada satu masa sedang ralit saya tidur, entah mengapa saya termimpi akan lagu-lagu Hindustan. Siap aksi Shah Rukh Khan bergolek-golek di laman fakulti.

Apabila saya tersedar rupanya mereka berdua sedang seronok bersembang. Aduh. Sampai begitu sekali penangan bahasa Urdu ini....
Berminat Baca

Berfikir, menulis, dan buku

2 bualan

Saya memang mengidam untuk menghasilkan sebuah buku berkebun di Malaysia. Saya lihat ramai rakyat Malaysia kepingin akan buku yang khas ditulis oleh penulis Malaysia. Mana taknya kebanyakan buku-buku berkebun tertumpu kepada buku bahasa Inggeris. Semestinya ia ditulis oleh orang Puteh yang tinggal di negara 4 musim.

Mungkin kerana pengalaman saya kurang menyebabkan saya masih lagi mencari isi kepada apa yang perlu saya tulis dalam buku saya itu nanti. Oh, saya tertarik dengan kursus penulisan yang ditawarkan di blog Fauzul Naim. Seakan menarik untuk dihadiri tetapi bukanlah buat masa sekarang. Saya perlu simpan duit dahulu untuk itu.

Saya cadang untuk hantar artikel-artikel pertanian di majala-majalah tempatan. Cuma tak pasti majalah apa yang akan menerima artikel saya ini.

Ada idea tak?
Berminat Baca

Kebun rumah yang hidup!

2 bualan

Saya suka menonton video oleh John. Kagum saya lihat rumahnya yang penuh dengan bahan makanan.
Nyum~
Berminat Baca

Kebun mahasiswa untuk semua

Berbual

Saya tertarik bagaimana Universiti Purdue menyediakan platform untuk para pelajar mereka mengusahakan tanah yang ada di universiti.

Ia satu cubaan yang menarik menggalakkan para pelajar untuk berkebun.


Berminat Baca

Akuaponik, ikan dan tanaman bergabung!

Berbual


Satu dokumentari ringkas tentang akuaponik (aquaponic) oleh Universiti Purdue.

Ia lebih kepada akuaponik skala besar. Namun, tidak bermakna asasnya tidak boleh kita ambil untuk belajar akuaponik.
Berminat Baca

Saya suka berjogging!

1 bualan
Sukan yang paling saya gemari hanyalah jogging setakat ini. Yang lain kurang saya gemari. Kenapa jogging? Kerana jogging tidak memerlukan peraturan yang banyak. Hanya perlu gunakan akal untuk berlari.

Juga, alat untuk jogging juga ringkas. Sepasang kasut jogging sudah memadai untuk bersukan.

Saya ini bukanlah orang yang pandai bersukan. Boleh dikatakan kaki bangku untuk semua jenis sukan berpasukan. Saya tahu sukan berpasukan amat penting untuk membina hubungan rapat sesama pasukan tetapi sukar untuk saya mempunyai keyakinan bersukan berpasukan.

Berminat Baca

Budak Ninja

Berbual

Siapa sangka mereka lakonkannya secara hidup pula!
Berminat Baca

TITAS, sejarah yang kian dilupakan

2 bualan

Saya mengambil subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) awal semasa saya di semester pertama. Ketika itu ramai rakan sejurusan saya sibuk untuk mengambil kelas sama. Saya pula terpinggir nun tinggal di kolej tradisional manakala mereka tinggal di kolej serumpun. Tidak dapatlah saya berkomplot bersama mereka mengambil kelas yang sama.

Saya fikir, kelas saya ketika itu semuanya bermula pada waktu 10am-12pm, lalu apa salahnya saya ambil kelas pada waktu 5pm pula. Maka saya pun memilih kelas TITAS berjadual 5pm-7pm.

Setelah dibelek buku jadual subjek UPM, saya akhirnya memilih untuk ambil kelas pada hari Selasa, 5pm-7pm bertempat di Dewan Kuliah Sains. Pada ketika itu langsung saya tidak tahu DKS di mana. Hampir-hampir sahaja saya tersesat di bangunan pentadbiran dan bertanyakan pengawal keselamatan wanita di situ di manakah DKS.
Berminat Baca

Sandal jean yang cantik tapi tak menarik

Berbual

Untuk pergi majlis fesyen, mungkin. Untuk jalan-jalan, saya rasa tidak mungkin!
Berminat Baca

Hugelkultur, untuk si pekebun malas

2 bualan

Ia sangat sesuai untuk pekebun yang sibuk dengan kerja lain dan suka amal teknik 3T untuk bercucuk tanam. Walaupun bebitu, teknik 3T amat disukai oleh pelajar semasa menjalankan kelas amalan ladang sayur dan buah di UPM. Sibuk menelaah buku katakan...

Tanam
Tinggal
Tuai

Berminat Baca

Salam Ma'al Hijrah 1434!

Berbual

Berminat Baca

Batas timbun untuk semua

6 bualan
Kaedah membuat batas timbun berbentuk lubang kunci.

Berminat Baca

Cara unik orang Afrika membuat bendengan timbun berbentuk lubang kunci

6 bualan

Bagi yang tak tahu, bendengan timbun dalam bahasa Inggeris adalah raised bed.
Berminat Baca

Pelajar menangkap ular sawa di ladang

2 bualan

Sebenarnya telah banyak ular sawa ditemui di ladang-ladang UPM. Al-maklumlah ladang-ladang di UPM ini sangat luas dan banyak tempat yang boleh mereka menyorok.
Berminat Baca

Asasi Sains Pertanian UPM

36 bualan
Saya tertarik dengan salah satu artikel dalam tribun Putra UPM. Bagi yang tak tahu, tribun Putra UPM adalah akhbar rasmi UPM untuk staf dan pelajar UPM.

IMG_5295

Berminat Baca

Bangkit, lirik yang tersirat

1 bualan

Lagu ini mempunyai isi tersirat bagi yang hanya mampu berfikir.
Berminat Baca

Kebaikan tablet penyedap suara

4 bualan
Saya panggil pil penyedap suara sebagai strepsil. Saya tak berapa suka sangat makan strepsil kerana bagi saya ia sangat tidak sedap. Mengemamnya sahaja buat saya kurang selesa. Cokelat hacks hitam lebih sedap berbanding strepsils.



Namun, pandangan saya berubah beberapa hari lalu. Saya masih lagi batuk-batuk walaupun telah pergi ke pusat kesihatan universiti untuk rawatan. Baiklah. Saya mengaku yang saya tidak makan ubat batuk yang doktor berikan. Saya masih percaya ubat doktor mampu membuatkan saya sihat dengan cara tak elok. Manakala herba memulihkan saya secara elok dan tiada kesan jangka masa panjang.

Kala saya asyik terbatuk-batuk inilah saya terpandang cokelat Halls di satu kedai runcit. Hati ini tergerak sungguh untuk membeli cokelat berharga RM1.60 itu. Saya lihat ia ada perisa madu. Apa salahnya saya mencuba. Lagipun tekak saya ini terasa sakit akibat batuk yang berlebihan. Sudah banyak kahak saya buat selepas saya batuk namun batuk saya masih ada lagi.
Berminat Baca

Menjana Universiti Terbaik di Dunia

Berbual

Saya tertarik apabila terbaca satu perbincangan hangat di satu Facebook group berkenaan MIT.

Untuk paparan jelas, klik kanan dan pilih > Open image in new tab
Berminat Baca

Tikus jalanan mempunyai harga diri!

Berbual


Pihak MPSJ membuat promosi besar-besaran untuk menangkap tikus. Kalau dilihat pada persekitaran kedai  makan Sri Serdang, sepatutnya sudah lama kempen ini patut dilancarkan.

Bayangkan tikusnya besar kucing saya lihat lalu ketika makan di Padang. Erk!?

Berminat Baca

Bahasa Alien trend terkini budak Melayu?

3 bualan

Teringat berita yang saya kongsikan dahulu.


Berminat Baca

Mengimbau kembali kenangan Kalkulus

2 bualan

Pagi tadi saya ada amali Fizik Tanah. Satu subjek yang membuka peluang di minda saya erti pengiraan matematik dan saudaranya.

Terdapat satu formula tertera di papan putih.

"Selama ini kamu semua belajar teori dan formula. Inilah masanya untuk aplikasikan apa yang kamu belajar. Differentiation and integration. Anybody can solve this equation?" Terang Prof. Wan Sulaiman di hadapan kami.

Aku termanggu seketika. Aku lihat angka-angka yang Prof. tunjukkan ada kaitan dengan rumus pembezaan tetapi tidak pula aku tahu ia berkaitan dengan eskperimen sebegini. Rupanya selama aku belajar matematik tambahan dan matematik moden, inilah masanya untuk aku gunakan - kelas fizik tanah.

Teruja sungguh saya untuk mengingati semula segala macam formula dan teori yang telah saya belajar selama 3 tahun (dari tingkatan 4 sehingga matrikulasi).

"Eh Munir. Takkan budak asasi tiada belajar ini?" Tanya aku kepada rakan sekelas yang duduk di sebelah kiri aku.

"Budak asasi mana ada belajar ini. Setahu aku kita belajar semasa di sekolah menengah atas," jawab ringkas Munir.

Nampaknya pembelajaran matematik ketika aku di matrikulasi memang berguna (jika aku betul-betul faham kegunaannya dan bukan hanya untuk peperiksaan.)
Berminat Baca

Islam adalah Satu

Berbual

Saya lihat pluralisme agama mula menyusup masik ke dalam universiti saya. Aktiviti berunsur agama mula mengajak umat Islam untuk hadir bersama atas dasar 1Malaysia.
Manakala umat Islam yang hadir cuba memberi alasan asalkan iktikad kita masih Islam.

Perlu diingatkan, Islam bukanlah agama plural.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah,
dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Biarlah mereka menjalankan aktiviti mereka.
Kita kekal sebagai umat Islam.
Teguh dengan pendirian kita.

Saya pasti mereka akan faham.
Jika tak, merekalah yang tidak mengamalkan dasar
toleransi perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.

"Maaf. Agama saya melarang saya mengikuti program kamu."
Banggalah kita beragama Islam.
Berminat Baca

Lelaki di dalam Cermin

Berbual

Satu lirik yang penuh makna.
Apabila saya bangun daripada tidur,
Saya melihat cermin,
Saya melihat manusia yang berdiri di hadapan saya.

Adakah dia ini yang mampu mengubah dunia?
Adakah dia ini yang mampu mengubah negara?
Adakah dia ini yang mampu mengubah masyarakat?
Adakah dia ini yang mampu mengubah keluarga?

Dan

Adakah dia ini yang sudah berubah sebelum mengubah semua itu?

Sesungguhnya perubahan berlaku bermula 
dengan manusia yang aku lihat
di hadapan cermin ini...
Berminat Baca

Kebebasan beragama?

Berbual

Saya tertarik untuk berkongsi satu kupasan menarik oleh seorang ayah yang sedang bekerja di Australia. Dia menyatakan kebimbangannya kini dengan kemasukan hak-hak asasi manusia yang kini bebas lantang bersuara di bumu Malaysia.

"Setiap individu Muslim mesti memahami dan merasai di dalam jiwanya dengan penuh mulia bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf di sisi Allah dan setiap Muslim sama sekali tidak boleh redha kepada kepercayaan-kepercayaan lain selain daripada Islam."

Saya setuju dengan ini. Mungkin dahulu kerana saya ingin diterima masuk dalam komuniti bukan muslim, saya telah mengorbankan sedikit demi sedikit pegangan agama saya. Itu sama sekali salah. Astaghfirullahalazim.

Kita sebagai umat Islam perlu merasakan Islam itu mulia dan tiada agama semulia Islam. Jangan kerana kita terlalu asyik ingin mengatakan bahawa kaum lain juga hak untuk beragama, Islam di Malaysia tergadai. Kita juga perlu berhati-hati apabila berkata tentang Islam kerana takut takut ia merosakkan akidah kita jika tersalah kata.
Berminat Baca

Adakah politik dan kawan boleh bercampur?

3 bualan

Berdasarkan entri terbaru Rachel, "Do Politics and Friendship Mix?", dia mengatakan sukar untuk dia mencampur adukkan perbualan bersama rakan-rakannya tentang politik. Lebih-lebih lagi apabila hari Selasa ini adalah hari mengundi Amerika.

"Peraturan utama di meja makan - tiada politik dan agama dibincangkan," menurut Rachel lagi.

Saya pula? Ia sama sahajalah buat saya. Kalau ingin berbicara berkenaan politik Malaysia, saya lebih suka mencari kawan sekepala. Bercerita gosip sana sini berkaitan parti politik dan pemimpin yang kami suka dan sebaliknya.

Perbincangan kami menjadi lebih mudah berbanding perbincangan berdebat. Jika saya berjumpa dengan kawan-kawan berfikiran politik tidak sehaluan dengan saya, saya sememangnya cuba elakkan kami berbincangan tentang politik. Saya hanya akan senyum dan menukar topik perbualan atau beredar dari situ demi menjaga persahabatan kami.

Ia bagaikan bom atom yang mampu menjangkiti seluruh sistem persahabatan kami. Dia tahu, dan saya juga tahu. Kami tidak sehaluan dalam parti politik tetapi tidak bermakna hal-hal kehidupan yang lain kami akan berselisih juga.

Bagi saya, kebenaran hanya Allah yang tahu. Kita hanya mampu mendengar celoteh sana sini tentang mana-mana pemimpin parti politik Malaysia.

Saya berpandangan hubungan manusia sesama manusia perlu dijaga atas dasar kerana Allah dan bukannya kerana pandangan sempit sesebuah parti politik.
Berminat Baca

Laut mati mula kekeringan

3 bualan


Antara sebabnya adalah syarikat baja Israel menyedut garam yang banyak di sana.
Berminat Baca

Apabila bukan peribumi menguasai ekonomi

Berbual

Mengikut satu berita terbitan the Malaysian Insider, mengatakan majikan hari ini lebih suka untuk menggaji orang Cina sebagai pekerja berbanding orang Melayu walaupun graduan Melayu itu boleh berbahasa Mandarin. Saya tidak pelik dengan ini.

Apabila saya berjalan-jalan untuk mencari kerja sambilan di MINES pun saya sudah dapat lihat akan perkara ini.

"Part/Full time workers needed. Able to speak English, Mandarin and Malay fluently.
Call 016-XXXX888 (Mr. Tan)"

Membaca iklan ini di dinding kedai-kedai di MINES sudah saya agak maksud tersembunyi iklan itu. Hanya orang Cina sahajalah boleh berbahasa Mandarin. Orang Melayu hanya boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan sedikit Jawa di situ.
Berminat Baca

Troll akak CIMB Insurans

3 bualan

Tadi ketika saya sedang sibuk melayari Facebook, telefon bimbit saya berdering. Tertera no pejabat dari Selangor.

Adakah ini peluang untuk saya menjadi home tutor? Berdebar nak angkat.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Encik Wong?" kedengaran suara seorang wanita. Dia menjawab salam, bermaksud dia seorang wanita Islam.

"Ya saya."

"Saya dari CIMB KL call en Wong untuk memberi sedikit maklumat terbaru CIMB. Sebelum itu, untuk pengetahuan en., perbualan kita dirakam.

CIMB ada menawarkan pakej insurans terbaru. Sekarang en. Wong buat apa ya?"



Alamak! Panggilan hangit ini lagi. Di manalah si wanita Melayu ini dapat nombor telefon bimbit aku nih. Kalau ikutkan hati, hendak sahaja saya letak telefon bimbit saya ini. Entah bagaimana terdetik untuk memberi kesedaran kepada orang sebegini.

"Saya menganggur. Duduk melepak dengan kawan-kawan," jawab saya.

"Tapi umur encik ni muda lagi. Kalau ikut maklumat, baru 23 tahun."

"Itulah kak. Rezeki saya entah la bila nak datang..," jawab saya dengan nada sedih. Menganggur katakan...

"Tak apa. En.Wong sudah berkahwin?"

"Kak ni biar betul. Kalau dah menganggur nak kahwin apa. Haish."

"Eh. Tak semestinya begitu. Saya ada juga pelanggan yang umur 30 tahun sudah berkahwin dan masih menganggur."

"Itu malas namanya." Perli aku.
Berminat Baca

Biarkan ia membesar!

2 bualan


Menarik juga ya lagu ini. Terus saya google The Lorax untuk maklumat lanjut.
Berminat Baca

Tutor sambilan, impian akan datang

2 bualan

Setakat ini saya baru survey satu tempat tuisyen bagaimana mereka kendalikan tutor rumah (home tuition). Memang sukar kalau saya mengaku saya nak buat tutor rumah dan ingin minta tunjuk ajar mereka. Agak-agak juga lah kan?

Untuk itu saya mengaku saya sebagai abang yang penyayang datang ke pusat tuisyen mereka untuk buat tinjauan untuk tutor rumah adik saya (yang sememangnya sudah menjangkau usia 21 tahun!). Dan saya tak suka kalau mereka promosi Skor A pula.

"Assalamualaikum kak.Saya datang nak tanya tentang home tutor di sini."

"Waalaikumsalam. Boleh. Silakan duduk. Di sini kami bla bla bla..."

Aku mendengar dengan kusyuknya. Tujuan utama adalah untuk mencendok maklumat-maklumat seperti harga per jam yang dicaj, cara pengajaran, dan tip-tip untuk ajar budak-budak sekolah menengah.

"Kami tawar RM150/jam untuk satu subjek. 1 jam kami ajar satu topik. 1 jam lagi kami akan lakukan latihan. Selalunya kalau tak buat latihan lepas mengajar memang budak akan lupa minggu depan apabila kami datang nanti," jelas kakak bertudung hitam itu.
Berminat Baca

Orang tua gembira Facebook bantu ceriakan hidup

1 bualan

Siapa sangka Facebook boleh menceriakan beliau?
Berminat Baca

Sampai bilakah keghairahan Facebook akan reda?

Berbual

Ia satu persoalan menarik untuk diutarakan kini. Dalam masa 8 tahun sahaja kita boleh lihat Facebook meningkat penggunaan. Dikatakan facebook telah mencapai 1 billion pengguna pada bulan September lalu. Ia satu angka yang cukup mengangumkan!

Facebook kini diguna hampir semua orang yang bercapaian Internet dari umur 8-70 tahun mengikut statistik yang dikeluarkan Facebook. Bayangkan orang tua pun tahu guna Facebook.

Bagi saya, Facebook ini sebagai pelengkap kepada emel yang bosan. Menambah baik fungsi emel kepada fungsi sosial secara tidak langsung. Cuma kita akan dapat kelemahan apabila dunia berada pada zaman maklumat ini.

Zaman maklumat bererti zaman gangguan. Kita akan kurang fokus dalam melakukan kerja. Sekali buka laptop atau komputer, akan ada web browser, yahoo messenger, Facebook, emel, muzik, TV dan pelbagai lagi. Huh!?
Berminat Baca

Korea Selatan, di manakah pemancar hidayah?

Berbual


Berminat Baca
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

Manusia