Khamis, 22 November 2012

Apabila Google menjadi kawan baik saya

Saya tak nafikan kepentingan Google pada masa kini. Hampir semua carian kata kunci saya taipkan pada Google pasti akan membawa saya kepada penemuan terhebat. Ia sungguh misteri. Ia sungguh menakjubkan.

Perkara ini tidak berlaku sama sekali dengan enjin carian lain seperti Yahoo! Ask, mahupun Bing!. Carian Google seperti tahu apa yang terlekat di minda saya ini. Entah kenapa jika saya mencari kata kunci 'PKU UPM' senarai kedua adalah blog saya!

Walhal saya hanya menulis satu entri sahaja tentang PKU UPM. Ia seperti mengetahui apa yang tertakluk di minda carian pelajar UPM sendiri. Kisah berkenaan PKU UPM. Semestinya saya tulis yang baik-baik sahaja. Saya tidak mahu menanggung risiko sekali lagi dihentam akibat kritikan tidak bermakna saya.

Saya tidak pelik apabila membaca sebahagian buku kaedah melakukan kajian (doing research project) banyak mengatakan kehebatan Google. Malah penulis menyarankan agar ahli kaji menggunakan Google sebagai teman baik mereka.

Pastinya saya sudah menjadikan Google sebagai kawan baik saya. Cuma ia tidak seakrab yang saya sangka. Saya masih tidak mengenali Google sebagaimana Google mengenali saya. Apabila saya menaip di cariannya, ia mampu memberikan saya jawapan yang terkandung dalam minda saya ini. Sebaliknya saya tidak tahu pula bagaimana dia tahu akan hal itu.

Kemudian saya tertarik dengan satu panduan menggunakan Google sebaik mungkin. Ia dipanggil Google Guide. Siapa sangka ia memang satu laman web yang interaktif seperti yang didakwa oleh pembuat laman itu sendiri.

Kini, Google menjadi lebih akrab bersama saya. =)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon