Ahad, 11 November 2012

Kebaikan tablet penyedap suara

Saya panggil pil penyedap suara sebagai strepsil. Saya tak berapa suka sangat makan strepsil kerana bagi saya ia sangat tidak sedap. Mengemamnya sahaja buat saya kurang selesa. Cokelat hacks hitam lebih sedap berbanding strepsils.



Namun, pandangan saya berubah beberapa hari lalu. Saya masih lagi batuk-batuk walaupun telah pergi ke pusat kesihatan universiti untuk rawatan. Baiklah. Saya mengaku yang saya tidak makan ubat batuk yang doktor berikan. Saya masih percaya ubat doktor mampu membuatkan saya sihat dengan cara tak elok. Manakala herba memulihkan saya secara elok dan tiada kesan jangka masa panjang.

Kala saya asyik terbatuk-batuk inilah saya terpandang cokelat Halls di satu kedai runcit. Hati ini tergerak sungguh untuk membeli cokelat berharga RM1.60 itu. Saya lihat ia ada perisa madu. Apa salahnya saya mencuba. Lagipun tekak saya ini terasa sakit akibat batuk yang berlebihan. Sudah banyak kahak saya buat selepas saya batuk namun batuk saya masih ada lagi.


Saya ambil sebiji cokelat berbentuk petak berwarna kuning keemasan itu. Saya kemamnya untuk beberapa minit sambil saya meneruskan aktiviti harian ini.

Entah kenapa, saya berasa selesa untuk menelan air liur saya. Rasa sakit itu hilang sedikit demi sedikit. Beberapa selang masa kemudian tekak saya mula sakit apabila saya batuk. Air liur yang ditelan menekan rongga di bahagian tekak ini. Terasa seperti ia luka.

Saya raba poket saya ini dan terasa ada beberapa biji lagi cokelat Halls tersemat erat dalam bungkusannya. Saya buka lagi satu dan kemam. Uh. Sungguh manis dan selesa tekak saya ini.

Nampaknya saya mula percaya kegunaan strepsils dalam mengubati kerengsaan tekak tatkala kita batuk.

Pastinya nanti apabila saya demam dan batuk, strepsil wajib saya minta daripada doktor PKU nanti walaupun kadang-kala strepsil yang mereka berikan sungguh pelik balutannya. "Ubat-ubatan yang kami bekalkan kesemuanya top A. Berkualiti. Jadi sila gunakannya sebaik mungkin," kata kakak di farmasi apabila aku cuba mengadu berkenaan doktor yang tahu beri ubat sahaja di PKU.

5 mengomel

dah cuba dequadin warna oren dlm tin bulat? ok jugak tu. strepsil pun bagus.

Tak pernah. Mungkin nanti saya boleh cuba. Terima kasih atas cadangan itu!

Produk-produk seperti ini sekarang ini saya mula agak memilih sebelum nak guna. Antara contoh produk ialah seperti "Fisherman's Friend"

Punca utama kerana manisan yang digunakan bukanlah dari bahan asli sebaliknya berasaskan bahan kimia

try pulak fisherman friend......mana tahu serasi nanti.....

dequadin tablet dlm tin bulat panjang boleh arasi sakit tekak..sy x cari lain

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon