Khamis, 22 November 2012

Boikot barangan Israel

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak."

Itulah kisah yang terbayang di minda saya ini apabila berkata tentang boikot.




Ulama terkini Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ada memberi pandangan berkenaan isu ini.

Bagi saya, sebagai umat Islam kita wajib boikot. Biarlah ia nampak seperti burung kecil yang cuba memadamkan api itu, tetapi Allah melihat usaha kita, bukan hasil kita.

Ada juga beberapa orang yang cuba menempelak usaha umat Islam memboikot barangan Israel dan konco-konco yang menyokongnya.

"Alah. Kau boikot tapi tetap guna Facebook dan Youtube. Nak boikot biar boikot semua. Kalau ta, tak payah lah nak beria boikot."

Oh begitu yea? Sekurang-kurangnya saya mulakan dengan satu langkah memboikot barangan MekD, Kuke-Kula, NessLe dan saudaranya.

Ya memang boikot adalah hak individu, tetapi kalau tak nak boikot, diam sahajalah kerana itu lebih baik. Orang yang memboikot lebih bagus berbanding orang yang tak boikot dan tahu meracau ketika Gaza di serang bertalu-talu selama seminggu ini.

Saya doakan semoga orang yang menempelak aktiviti boikot ini dikurniakan hidayah dan petunjuk oelh Allah untuk mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan di bumi Malaysia. Lihatlah betapa asingnya mereka dalam memahami isu Palestin....

3 mengomel

Banyak nampaknya produk terkemuka dikuasi isreal...setuju dengan usaha memboikot, namun dalam pada itupun alternatif dan promosi juga harus diberikan kepada muslim untuk beralih kepada produk mana pula.. (kalau saya tak ketinggalan dr segi info)

Salam ummu dan izham. Kalau dilihat betul2 kebanyakan produk israel adalah produk pengguna iaitu makanan segera antaranya...memboikot produk mereka x membuatkan kita "mati" pun. Lebih baik makan masakan di rumah dan beli barangan segar di pasar borong serta beli produk2 keluaran tempatan yg juga berkualiti. Alhamdulillah suami sy x merokok. Kami juga x makan makanan atau minum minuman ringan. Cuma dr segi penggunaan teknologi kita mungkin sukar untuk boikot. Dari penggunaan mungkin dipositifkan....semoga usaha kita boikot mendapatkan keredhaan Allah.

Sebenarnya ada je produk alternatif. Saya juga setuju dengan pandangan puan Wanie. Kebanyakan produk Yahudi itu bersifat makanan ringan. Itu semestinya mudah untuk kita boikot.

Dari segi teknologi, ini mungkin boleh memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya umat Islam sendiri membina teknologi kita seperti mana di zaman khalifah dahulu.

Apapun, kita berada selangkah ke hadapan apabila kita mula memboikot. Dan pastikan ia istiqomah.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon