Esok akan bermulanya pameran pertanian terbesar di Asia iaitu Malaysia Agriculture, Horticulture, and Agrotourism (MAHA) bertapak di MAEPS.
Saya gembira kerana dengar khabarnya saya akan dapat turut serta menyumbang tenaga kerja saya di sana nanti. Ini kerana ada kawan saya yang memberi tawaran kerja di MAHA bawah syarikat FxMX (sebuah syarikat misteri kelolaan MOA). Petang tadi pukul 3 pm saya dan kawan-kawan pergi ke MAEPS untuk sesi temuduga kerja di bawah pihak FxMX(dieja salah agar tidak dijumpa oleh Google).
Saya sebenarnya tidak dapat tawaran kerja ini. Saya cuba menghubungi rakan saya tentang perkara ini, "Mereka kelmarin kata Wong tolak kerja yang mereka tawarkan."
Jawapan yang diberikan itu terus membuatkan saya berasa tidak puas hati. Sejak bila pula pihak FxMX menelefon saya dan saya kata saya tolak? Saya sungguh tidak puas hati dengan fitnah ini!
Jadi saya turut serta bersama dua orang rakan saya lagi yang mendapat tawaran kerja di sana. Saya mahukan penjelasan dan mungkin mendapat tawaran kerja itu.
Sampai di sana kami bertemu dengan penyelia yang menguruskan kerja-kerja booth FxMX. Kak Nur (diubahsuai nama) berkata dengan tegas "Saya tak mahu orang bermasalah. Saya lihat sahaja ada dua hari tak boleh kerja terus saya tolak nama awak."
Baik. Tapi kenapa perlu kata saya tolak? Terus sahaja bagitau kawan saya yang FxMXtidak mahu saya. Kenapa guna nama saya kata saya tolak? Hendak menjaga hati saya atau hendak merosakkan nama saya?
"Saya mahu orang yang boleh bekerja terus selama 10 hari. Non stop," kata Kak Nur lagi.
Sambil memandang dua orang rakan saya itu yang sedang mengisi borang tawaran kerja, "Awak berdua akan bekerja di bawah khemah-khemah FxMX. Awak lihat tadi di pintu masuk ada botol-botol air bukan? Itulah kerja yang awak akan lakukan. Jual air sahaja. Mudah."
Oh, budak air a.k.a water boy rupanya. Ingatkan kerja di booth penerangan atau barangan FxMX. Terus aku tidak berminat untuk merayu lagi pada kak Nur. Kerja ini bagi aku tiada standard. Gaji aku tak berapa kisah dengan tawaran RM40/11jam kerja berbanding pengalaman yang dapat. Dan pengalaman itu hanyalah jual air sahaja!?
Tak apa lah kak. Sekurang-kurangnya saya jujur dengan mengatakan memang saya tidak boleh bekerja 11 jam kerana saya juga ada kelas perlu dihadiri. Ia lebih penting berbanding gaji RM40 itu. Bayangkan kelas yang saya hadiri itu berharga RM100 satu jam. 4 jam kelas saya dikira berharga RM400.
Ilmu itu lebih berbaloi. Itulah hikmah yang saya dapat.
Mungkin pada awalnya saya kecewa nama saya ditolak mentah tapi apabila mendengar kami perlu jual air, saya sudah berasa tiada apa-apa kegunaanpun untuk saya merayu. Dan saya dapat membersihkan kecelaruan tentang 'Wong menolak kerja yang ditawarkan'.
"Kak, lain kali kata pada siapa yang telefon kawan saya itu, jangan guna nama saya kata saya tolak. Terus terang sahaja yang FxMX tak nak saya sebab saya tak boleh kekal dengan 10 hari bekerja." Jelas saya, walaupun muka kak Nur endah tak endah sahaja terhadap kata-kata saya itu.
Saya tak salahkah pihak FxMX tetapi saya salahkan sikap orang yang melakukan tugas itu. Orang tersebut tidak bersikap profesional untuk ini! Mereka ingat saya ini budak SPM kah? Walhal kawan yang memberi nama saya itu sepangkat berijazah hortikultur sama dengan saya. Jelas sekali etika kerja mereka kurang saya senangi.
Sesungguhnya fitnah itu lebih teruk daripada membunuh!
Dan untuk itu, esok bermulalah sesi penjelajahan saya di MAHA 2012. Ini adalah kali ke-3 saya datang ke MAHA. Semestinya terdapat banyak brochure untuk saya kumpulkan dan gambar-gambar menarik akan masuk dalam koleksi saya nanti. Untuk cara bagaimana ke MAHA, boleh rujuk laman blog Semangat Kebun.
Insya-Allah saya akan kongsikan bersama di blog ini untuk tatapan semua. Bagus juga kalau ada booth Aman Palestin di sana nanti.
Khamis, 22 November 2012
Operasi menjernihkan kecelaruan MAHA 2012
Penulis 依之汉
Diterbitkan Khamis, November 22, 2012
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 mengomel
mgkn akan pegi jugak..tak sure lg...bila msuk alam bekerja mcm2 sikap akn kite jmpe.. :)
Saya sokong tindakan awak itu wong.. rm40/11jam direct 10 hari memang mencekik tenaga tuh...bagus juga awak pandai menilai...
@ayut
Terima kasih
@ummuaidan
Kerja itu sesuai buat budak sahaja. Walhal saya rasa pihak FXMX pasti untung lagi banyak.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon