PKU UPM masih ada doktor yang bagus

3 bualan
Pin It

Dahulu dan kini kerap kali pelajar-pelajar UPM merungut dengan khidmat Pusat Kesihatan Universiti. Doktor yang memeriksa kebanyakannya tidak faham bahasa tempatan apatah lagi Inggeris (atau pelajar sendiri yang tak petah berbahasa Inggeris?)

Pengalaman saya sebelum ini pun sama. Selalunya saya datang ke PKU hanya untuk mengambil ubat. Jarang sekali untuk mendapat nasihat daripada pakar. Jelasnya sana banyak lambakan doktor dari luar negara. Masalah komunikasi antara salah satu faktor mereka selalu lepas tangan dalam diagnosis penyakit pelajar. Kebanyakan dibantu oleh jururawat untuk cuba memahami bahasa pelajar UPM berkaitan diagnosis penyakit.

Kisahnya mata kanan saya sakit berdenyut. Sudah 3 bulan ia sakit. Cuma sejak kebelakangan ini ia kuat berdenyut. Saya sebelum ini sudah berjumpa doktor swasta klinik Medivron. "Adik, ini sakit tiada apa-apa. Nanti pulih la. Saya beri ubat tahan sakit," ujar doktor seakan kaum India yang memeriksa aku dahulu (mungkin Benggali).

Walaupun begitu telah lebih 3 bulan berlalu dan mata kanan saya masih sakit lagi. Tak tahan dengan itu saya terpaksa juga pergi ke PKU untuk mendapat rawatan pakar.

Seperti biasa apabila ke kaunter pendaftaran, "Kak, saya nak mohon doktor tempatan, boleh? Tak suka la doktor foreigner." Kakak di kaunter itu angguk dan meminta saya ke bilik no 18 yang berada di tingkat atas.

Saya mula tahu yang pelajar boleh memohon untuk dapat rawatan daripada doktor tempatan setelah saya mengadu dua tahun lepas semasa saya datang mengambil ubat di kaunter farmasi. Saya mengatakan bahawa doktor yang memeriksa saya sebelum ini hanya tahu beri ubat sahaja. Kakak di kaunter farmasi itu memberi nasihat agar minta doktor tempatan periksa apabila berada di kaunter pendaftaran.

Semenjak itu saya pasti meminta doktor tempatan untuk periksa sakit saya.

Cuma, kalau dapat doktor tempatan, payah nak dapat set lengkap ubat demam, batuk dan selesema. Kalau saya berniat nak dapatkan 6 set  ubat demam iaitu panadol, ubat batuk, ubat selesema (piriton dan panadol soliber), ubat sakit tekat, dan antibiotik (selalunya doktor foreigner beri je nih), saya akan diamkan sahaja ketika di kaunter pendaftaran. Pasti berjumpa doktor bukan tempatan nanti.

Ketika saya sampai di hadapan bilik pintu 18, saya lihat doktor sedang memeriksa seorang lelaki tua lingkungan umur 40-an berbaju merah. Saya endahkan sahaja dan terus menuju ke sofa menunggu.

Ketika itu saya terbatuk-batuk dek kerana badan yang mula terasa panas. Petanda demam sudah masuk tahap 2.

Tidak sampai 10 minit kemudian doktor lelaki berketurunan Melayu itu menyebut nama saya.

"Assalamualaikum. Silakan duduk. Sudah berapa lama batuk?" tanya doktor itu sebaik sahaja saya masuk ke dalam biliknya.

Saya terkejut. Bagaimana dia boleh tahu saya batuk? Walhal tadi saya lihat dia sibuk memeriksa lelaki tua itu tadi. Selalunya doktor akan tanya saya sakit apa atau simptom saya sakit. Yang ini terus tahu saya sakit apa.

"Ok buka mulut. Saya nak cek suhu badan awak." Satu rod kecil masuk dan diletakkan di bawah lidah aku.

2-3 minit kemudian satu bunyi beeb kedengaran.

"Nampaknya suhu badan kamu biasa sahaja. Agaknya baru hendak demam. Pagi tadi ada makan apa-apa tak?"

"Saya minum air asam jawa sahaja untuk menyejukkan badan saya."

"Ok tak apa. Minum air asam jawa tapi jangan lupa minum air ubat batuk yang saya berikan ini nanti, dan ..." duduk doktor sambil hendak mula menaip di papan kekuncinya.

 "Er.. tapi doktor, saya datang ni bukan sebab batuk. Saya datang sebab saya ada masalah sakit mata," celah aku sebelum doktor habis berbicara. Saya berterus-terang kerana bagi saya, set ubat demam ini boleh saya dapatkan tetapi tidak set sakit mata.

Doktor pandang ke arah aku seperti keliru.

"Mata kanan saya ni sakit. Setiap kali saya kelip mata terasa sakit sahaja. Sudah lebih tiga bulan saya rasa seperti ini. Cuma kali ini ia bertambah teruk dengan tiap kali saya bangun tidur akan rasa sakit. Kali ini sampai sekarang sakit lagi. Selalunya selepas 1-2 jam bangun tidur, ia akan hilang," terang aku.

"Baiklah. Biar saya lihat dahulu," sambil doktor mengambil lampu suluh di atas mejanya itu.

"Tolong pandang kanan. Kiri. Bawah kanan. Bawah kiri."

Suluhan cahaya lampu suluh itu sendiri menyakitkan mata aku ini. Aku tahan sahaja sementara doktor memeriksa mata aku.

"Saya lihat ada satu tompok cokelat di atas retina mata kanan kamu," terang doktor sambil melukis satu bulatan besar dengan satu bulatan kecil pada papan putih belakangnya.

"Bagaimana boleh terjadi?"

"Saya tercucuk dengan kuku jari kelingking saya ketika saya menggesek mata 3 bulan lepas."

"Saya rasa kamu akan ada rasa rengsa tidak selesa selama ini kerana kesan kamu tercucuk itu kelihatan kering. Pandangan tiada masalah?"

Aku menggelengkan kepala.

"Untuk itu saya berikan satu ubat titis mata. Ini bukan ubat titis biasa seperti eyemo. Ia mengandungi kandungan mineral yang boleh memulihkan luka bebola mata kamu. Titis 2-3 titis air selang 2-3 jam atau apabila kamu terasa sakit mata."

Entah kenapa ada satu perasaan lega dan puas setelah aku mendengar penjelasan doktor itu.

"Kita lihat dalam masa seminggu ini. Jikalau tak pulih lagi, saya foward kepada Hospital Serdang. Mereka ada alat yang boleh mengesan tekanan pada bebola mata. Apapun kamu guna ubat titis yang akan saya berikan nanti," tambah doktor lagi.

"Oh ya. Saya juga lihat ada urat-urat merah keliling mata kamu. Berapa lama kamu menghadap komputer selalunya?"

"Untuk facebook sahaja 6 jam," jawab aku.

"Hmmm. Saya nasihatkan setiap 30 minit atau 1 jam, kamu rehatkan mata. Pergi jalan-jalan lihat pandangan pada jarak jauh. Baring lelapkan mata 5-10 minit pun boleh," reaksi muka serius doktor walaupun dia diselubung penutup mulut mengelak daripada batuk aku.

Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham nasihat doktor itu.

"Ada apa-apa lagi sakit? Ubat batuk masih kamu nak lagi?"

Semestinya. Rugi kalau saya sakit tapi tak dapat ubat. Yuran yang dibayar bukannya murah.

Saya bangun ucapkan terima kasih dan beredar dari bilik no. 18. Perasaan lega dan puas hati masih melingkari diri aku. Ubat-ubatan bukanlah apa yang kami inginkan sangat tetapi penawar kepada penyakit itu. Kata-kata nasihat sudah mampu membuatkan kami lega kerana untuk mengubati sesuatu penyakit, perlulah diketahui akan puncanya. Dan ia perlu diketahui melalui pertanyaan dan bukannya anggapan doktor itu sendiri.

Sememangnya doktor tempatan ini memahami tugasnya sebagai seorang doktor.

Saya pergi ke kaunter farmasi pula menunggu giliran mengambil ubat. Semoga sakit saya ini hilang. Ameen.

nota: update sakit mata
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Waalaikumsalam doktor. Alhamdulillah, demam saya beransur pulih. Batuk masih ada lagi. Cuma dapat dikawal dengan saya banyakkan minum air suam. Ketika saya membalas ini pun demam saya masih ada. Batuk pun masih ada lagi.

    Mata saya ini masih lagi berdenyut tetapi tidak sekerap lalu. Setakat ini 2 kali sahaja ia berdenyut selepas guna ubat titis tersebut.

    Oh, blog saya bukanlah blog berunsur hortikultur. Nama hortikultur hanyalah sempena jurusan yang saya ambil dahulu. Mungkin ada 2-3 post berkaitan hortikultur. Blog ini lebih kepada nukilan peribadi saya. Usah lah doktor jadikan rujukan hortikultur pula. Malu saya dibuatnya. *^.^*.

    Semoga doktor terus merawat para pelajar dan staf UPM dengan tanggungjawab sebagai seorang doktor berwibawa.
    Terima kasih kerana merawat saya dengan baik.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia