Rabu, 14 November 2012

Batas timbun untuk semua

Kaedah membuat batas timbun berbentuk lubang kunci.




Kaedah membina batas timbun dengan mudah.

Saya tertarik untuk meletakkan gambar ini pada blog saya untuk tatapan umum. Raised bed atau batas timbun (bendengan timbun) merupakan teknik yang orang Puteh banyak gunakan di negara mereka.

Kebanyakan batas timbun ini dipelopori oleh mereka. Ini terbukti melalui carian google sahaja banyak memaparkan teknik batas timbun ini dalam bahasa Inggeris.

Jarang sekali saya lihat teknik batas timbun ini dipraktikkan di Malaysia. Mengikut pemerhatian saya, batas timbun amat sesuai dipraktikkan di kawasan rumah teres atau banglo yang tanahnya kurang sesuai untuk menanam. Batas timbun membantu peminat tanam sendiri untuk berkebun dengan lebih mudah dan cepat.

Cuma, masalah utama untuk batas timbun ini adalah kos. Permulaan kos mungkin tinggi jika kayu-kayan yang digunakan dibeli dari kedai. Lebih sesuai jika guna kayu kitar semula atau batu bata sahaja.

Konsep utamanya adalah membina dinding menampung tanah yang subur. Jadi tak kisahlah untuk guna apa-apa bahan sebagai dinding batas.

Selamat mencuba!

6 mengomel

Bertambh bersemangat sya nak buat batas timbun ni,sbb di laman rumah mmg x sesuai untuk tanam sayur.lagipun btu bta banyak berlonggok x diguna.bolehla saya susun untuk batas timbun.terima kasih ya untuk info :)

Terima kasih bro! Baca ni baru teringat balik kaedah lain nak bercucuk-tanam. Ini kira kaedah lama kat kg bila takde tapak tanah

Cuma terfikir satu perkara, kalau buat batas timbun ni tanpa tapak (hanya buat kepungan tepi), adakah rumput-rumput akan muncul dari bawah melalui batas timbun kita kelak?

@hitomi
Sama-sama

@baguznet
Sebab itu digalakkan letak surat khabar tebal agar rumpai mati sekali.

Oh, begitu ke kaedahnya? Terima kasih bro!

Salam Bro,
teringat nak tanya, batas timbun ni boleh guna campuran CB dan EFB tak selain kaedah biasa guna tanah?

Kalau nak timbun guna tanah beli ni, pandangan bro, kat mana ada jual tanah yg sesuai?

Boleh sahaja asalkan ia ditanam. Saya rasa tanah campuran dari nurseri sudah memadai. Cuma jangan beli tanah hitam. Takut ia berasid jika terlebih pula.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon