Saya tertarik untuk berkongsi satu kupasan menarik oleh seorang ayah yang sedang bekerja di Australia. Dia menyatakan kebimbangannya kini dengan kemasukan hak-hak asasi manusia yang kini bebas lantang bersuara di bumu Malaysia.
"Setiap individu Muslim mesti memahami dan merasai di dalam jiwanya dengan penuh mulia bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf di sisi Allah dan setiap Muslim sama sekali tidak boleh redha kepada kepercayaan-kepercayaan lain selain daripada Islam."
Saya setuju dengan ini. Mungkin dahulu kerana saya ingin diterima masuk dalam komuniti bukan muslim, saya telah mengorbankan sedikit demi sedikit pegangan agama saya. Itu sama sekali salah. Astaghfirullahalazim.
Kita sebagai umat Islam perlu merasakan Islam itu mulia dan tiada agama semulia Islam. Jangan kerana kita terlalu asyik ingin mengatakan bahawa kaum lain juga hak untuk beragama, Islam di Malaysia tergadai. Kita juga perlu berhati-hati apabila berkata tentang Islam kerana takut takut ia merosakkan akidah kita jika tersalah kata.
Situasi jelas di universiti adalah seperti program-program yang dianjurkan oleh mahasiswa berlainan kaum. Saya lihat apabila mahasiswa Melayu menganjurkan program, mereka bersungguh ingin mahasiswa kaum lain datang ke program mereka. Namun harapan hampa. Hampir semua mahasiswa kaum lain menggunakan alasan sibuk untuk hadir bersama program anjuran mahasiswa Melayu walhal ia bukanlha program keagamaan.
Kemudian sebaliknya pula apabila mahasiswa bukan Melayu membuat anjuran program mereka. Bersungguh-sungguh mereka ingin mahasiswa Melayu datang ke program mereka. Saya pelik untuk ini. Kerana ingin menjaga hati kawan dan semangat perpaduan, mahasiswa Melayu hadir ke program mereka.
Cuma apa yang saya tidak puas hati, layanan mahasiswa kaum lain hanya menjadi baik apabila mereka ingin mahasiswa Melayu datang ke program mereka.
Baiklah. Mungkin dengan kedatangan mahasiswa Melayu ke program mereka, mungkin program mahasiswa Melayu semester hadapan akan mereka hadiri. Namun ia tidak berlaku seperti itu. Alasan yang sama masih diguna pakai. Sibuk dengan aktiviti lain dan pembelajaran.
Dari pemerhatian saya, ini berlaku apabila tiada perpaduan kaum yang kukuh sejak dari kecil lagi antara semua kaum di Malaysia. Saya berkawan dengan kawan Cina dan India. Jika menjemput ke program, kawan Cina saya hanya akan hadir jika saya ada. Ia atas dasar kawan.
Bagi kawan Cina yang tidak rapat, mereka akan mengelak.
Setelah 55 tahun merdeka, unsur-unsur perpaduan masih tidak nampak di kalangan pelajar-pelajar universiti. Ada yang mungkin mengatakan saya salah, tapi saya hanya melampirkan kebenaran mengikut kaca pemerhatian saya.
Kerana ingin menyatakan umat Islam bersikap toleransi, ada sesetengah pelajar yang sanggup mengorbankan akidah mereka untuk turut hadir ke majlis sambutan keagamaan kawannya seperti Sambutan Parti Krismas, Parti Halloween, dan Hari Pongal.
"Semua agama menyeru kebaikan. Jadi kenapa kita perlu bergaduh?" Itu antara kata sinis yang mereka cuba nyatakan apabila berbicara bahawa Islam melarang umat lain datang ke majlis keagamaan agama lain. Perlu diingatkan, untuk perkara lain sebagai muslim, kita boleh bertoleransi, tetapi apabila melibatkan kepercayaan dan akidah, sama sekali tidak! Tiada erti kesamarataan dalam agama dan Islam bukanlah agama plural! Hanya Allah Tuhan kami, dan Rasul itu pesuruh-Nya.
Saya suka setuju dengan pandangan saudara Hisham, bahawa iman kita mungkin cukup kuat untuk menagkis dakyah yang dibawa agama lain, tetapi bagaimana dengan anak dan cucu cicit kita nanti? Adakah kerana perpaduan nanti mereka akan goyah pegangan agama mereka?
Untuk itu, marilah kita sama-sama menilai kembali pandangan kita terhadap cubaan agama lain untuk berdakyah kepada umat Islam khususnya di bumi Malaysia. Islam adalah agama yang mulia dan tiada agama lain semulia Islam. Rasailah itu dan pegang Islam dengan keimanan yang teguh.
Biarlah orang nak berkata apa, kerana mereka hanya boleh berkata, dan kita bukannya perlu melatah untuk kata itu.
Selasa, 6 November 2012
Kebebasan beragama?
Penulis 依之汉
Diterbitkan Selasa, November 06, 2012
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon