Menjadi guru tuisyen

4 bualan
Pin It
Pusat tuisyen berada di mana-mana sahaja
(gambar hiasan)
Oleh kerana saya tiada pendapatan sepanjang saya sambung pengajian saya ini, lalu saya gagahkan diri saya mencari pekerjaan sambilan yang terbentang luas di bumi Malaysia ini.

Saya lihat banyak iklan jawatan kosong di Alamanda. Gaji pun lumayan bagi saya iaitu RM1k ke atas.

Namun demikian, saya lebih menyukai kerja yang melibatkan akal dan bakat saya. Saya memilih untuk mencari kerja sambilan sebagai guru tuisyen. Saya ada terdengar daripada kawan-kawan saya bahawa guru tuisyen upahnya lumayan.


Tapi tidak pula diberitahu pusat tuisyen apa yang memberi upahnya lumayan. Mereka hanya mendengar dari mulut ke mulut. Ia tidak membantu saya mencari kerja jika saya harapkan kata-kata kebaikan mereka sahaja.

Bermulalah misi pencarian kerja sambilan di sekitar kediaman saya dahulu iaitu di Putrajaya. Sekatat ini saya lihat di Persint diplomatik, Persint 15 ada dua pusat tuisyen yang boleh saya cuba.

Saya telah menghantar borang permohonan saya di kedua-dua pusat tuisyen itu. Saya berdoa agar Allah memurahkan rezeki saya. Semoga saya mendapat pekerjaan yang dapat membantu saya sepanjang saya sambung pengajian ini. Amiin.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Bagus Izham teruskan usaha. Tidak terkejut nanti mungkin end aebagai seorang pensyarah atau guru pakar juga nanti. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Asrul. Jom sama-sama mengejar impian kita ke tahap tertinggi. Semoga Allah mengurniakannya. Ameen.

      Padam
  2. saya pun tiada sumber pendapatan. sangat mencabar kan sambung pengajian tanpa dana. yang boleh diharap cuma mymaster. kamu dah apply?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum. Kena tulis proposal dahulu. Sekarang dalam proses kajian perpustakaan (literature review).

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia