Semalam saya berkesempatan berjalan-jalan bersama rakan saya ke MAHA 2012. Saya telah pun ke MAEPS pada Jumaat lalu atas urusan tidak berapa penting. Kali ini saya datang untuk berjalan-jalan sahaja dahulu. Belum masanya mengumpul brochure dan gambar lagi. Saya mahu makan angin dahulu.
Sedang saya elok bersiar-siar itu saya terserempak dengan sepasukan sukarelawan Aman Palestin. Semuanya adalah sahabat-sahabat saya dari UPM juga sebagai ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Mereka ialah anak-anak muda atau lebih tepat lagi golongan belia yang cakna dengan isu Palestin dan ingin turut berjuang membebaskan Palestin daripada cengkaman Zionis laknatullah.
Saya mengambil kesempatan untuk menderma dan berborak dengan salah seorang daripada mereka.
"Bagus. Aku lihat ada kesedaran rakyat Malaysia tentang isu Palestin kini. Baru kejap tadi ada seorang wanita datang memuji Aman Palestin. Katanya,
"Bijak yea adik. Tahu-tahu sahaja buat (kutipan derma) di tempat strategik ini. Yelah. Ada yang ingin menyumbang tapi tak tahu di mana dan bagaimana." kata dia sambil memasukkan wang kertas berwarna merah ke dalam tabung.
Ada juga ibu bapa yang melatih anak-anak mereka menderma dengan memberi anak-anak mereka memasukkan sendiri wang derma ke dalam tabung." Ujar rakan saya, Izham.
"Walaupun begitu, ada juga pengunjung yang was-was dengan tindakan aku berdiri meminta derma di sini. Aku hanya senyum dan menerangkan aku sebagai sukarelawan Aman Palestin. Apapun itu kuasa Allah untuk menggerakkan hati mereka untuk menderma."
Saya sempat mengambil gambar dia menerima derma daripada orang ramai yang lalu laland di Dewan A MAEPS.
Ramai yang ingin menyumbang tetapi tidak tahu bagaimana caranya. |
Walaupun begitu, beberapa selang masa kemudian saya terserempak pula dengannya di surau MAEPS.
"Kami diminta keluar dari dewan A tadi oleh petugas kerana tiada pas. Sebenarnya pihak Aman Palestin sudah menghantar surat memohon kebenaran daripada pihak penganjur MAHA 2012, tetapi masih tidak mendapat maklum balas daripada mereka lagi."
Tetap menjalankan tugas sebagai sukarelawan walaupun diminta keluar dari dewan A. |
Boleh bank-in terus ke akaun bank Aman Palestin. |
Semoga usaha sahabat-sahabat saya itu mendapat berkat daripada Allah. Mengutip derma juga adalah salah satu dari jihad iaitu membantu saudara-saudara kita di Palestin.
nota: Bagi yang ingin tahu cara jalan ke MAHA 2012 yang terletak di MAEPS, boleh rujuk blog Semangat Kebun.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon