بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sebab kenapa kaum Maya kata 2012 kiamat. |
Ada yang kata tahun 2012 adalah hari kiamat. Lalu, terciptalah filem 2012 mengisahkan bagaimana jika 2012 kiamat. Kenapa mereka katakan 2012 kiamat? Ini semua bermula dengan penemuan batu bersejarah kaum Maya, kaum yang telah lenyap di buka bumi ini.
Mereka mengukir ramalan-ramalan hebat di dunia. Hampir semua ramalan mereka dikatakan bertepatan dengan apa yang telah berlaku di dunia ini. Peristiwa 9 September 2001 sebenarnya telah mereka ramalkan di atas batu bersurat mereka.
Jika hari Kiamat kaum Maya telah terlepas, apa yang perlu kita buat? Tahun 2013 semakin hampir. 3 hari sahaja sebelum gemerlapan mercun api tahun baru bersemarak di dataran merdeka nanti.
Saya untuk itu memulakan dengan mencipta perancangan tahun 2013. Sama seperti angkanya, 2013, telah tiba masanya untuk saya mencecah 3 pula. Perancangan saya bermula dengan dua, kemudian turun kosong, naik sedikit tahun ini, dan tiga pasti apa yang perlu saya lakukan untuk tahun hadapan.
Facebook suka kacau saya apabila saya merancang. Saya hindarkan Facebook ketika mencipta perancangan 2013 saya. Caranya mudah sahaja iaitu dengan deactivate akaun Facebook saya. Ini hanya untuk sementara waktu. Semuanya bagi supaya fokus merancang.
Facebook suka kacau saya apabila saya merancang. Saya hindarkan Facebook ketika mencipta perancangan 2013 saya. Caranya mudah sahaja iaitu dengan deactivate akaun Facebook saya. Ini hanya untuk sementara waktu. Semuanya bagi supaya fokus merancang.
Orang yang gagal merancang, merancang untuk gagal. Itu satu yang pasti. Lalu, lebih elok saya merancang azam untuk tahun 2013 dan mendatang agar hidup saya lebih teratur hendaknya.
Azam 2013 adalah:
- Menjadikan penulis bebas sebagai kerja sambilan saya yang utama
- Membuat duit dengan menjadi penulis bebas
- Menggiatkan usaha saya meningkatkan kualiti Wikipedia Bahasa Melayu
- Menguasai teknik penulisan artikel dalam bahasa Melayu dan Inggeris
- Membahagikan masa saya secara optimum
- Kumpul duit untuk kahwin (erk?)
Itu adalah antara azam yang saya tetapkan untuk tahun 2013. Saya dapati untuk kekal pada perancangan yang telah saya buat, ia perlukan sikap istiqomah. Konsisten dalam melakukan setiap apa yang saya rancang.
Perancangan saya mungkin tidak sempurna, namun dengan melakukannya sedikit demi sedikit, insya-Allah perjalanan perancangan saya itu akan menuju apa yang saya sasarkan.
Untuk itu, saya susuh angka dua, kosong, satu, tiga kepada, sedia kosong, satu, dua, TIGA! Mula!
4 mengomel
Deactivate facebook bukanlah suatu yang bagus. Facebook sekarang platform komunikasi yang murah dan tersusun untuk mengumpul idea. Apa kata guna saja mobile facebook (m.facebook.com) yang miliki fungsi yang lebih terhaduntuk mengurangkan waktu di talian.
Tak mengapa. Aku deactivate untuk satu tempoh sahaja dahulu. Selesai sahaja perancangan aku, insya-Allah akan aku activate semula FB.
m.facebook.com bukankah untuk mobil sahaja?
bisa diakses dari laptop dong.. :)
Akan dicuba. Insya-Allah.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon