Tadi saya bercerita dengan sahabat saya yang saya terjumpa lubuk rahsia buku sastera di UPM. Sedang seronok saya bercerita, dia menempelak saya, "Kau ni kekampungan sangat la Wong."
Saya termengkelan dengan kata-kata itu.
"Kan aku dah suruh kau pergi je kat ATMA di UKM. Situ penuh dengan buku-buku sastera Melayu. UPM ni hampeh," kata dia sambil menghembus nafas geram.
"Nama sahaja ada sasterawan negara sebagai tenaga pengajar tetapi sumber buku sastera langsung tiada. Kau bayangkan USM. Univesiti SAINS Malaysia pun ada satu bangunan khas untuk rujukan sastera Melayu."
Saya hanya mengangguk mendengar. Di situ mulalah dia membebel melepaskan ketidakpuasan hatinya bagaimana pelajar yang belajar sastera di UPM terpaksa mengunjungi UKM dan UM hanya untuk mendapatkan sumber sastera yang jitu. Ada juga sampai dia ke USM.
Nampaknya minda saya baru terbuka dengan isu-isu sastera Melayu di Malaysia.
Jumaat, 26 April 2013
Sastera budak kampung
Artikel Terkait
- Baik. Tajuk ini agak sensitif untuk saya katakan. Peristiwa ini tidak berlaku pada diri s
- Saya tinggal di aparment 17 tingkat. Di sini kehidupan tidak seperti di rumah atas
- "Aku rasakan, bahasa Indonesia lebih sedap didengari. Lebih basah mengena hati," ujar Nas
- Saya bersembang dengan seorang pensyarah. Katanya universiti senior tak semestinya ba
- Selasa lepas terdapat seorang pelajar baharu masuk menyertai kelas tuisyen di Putrajay
- Saya orangnya suka bercerita. Cerita saya sering merapu sahaja. Oleh kerana itu saya memi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 mengomel
hehe..datangla ke ATMA UKM,kat situ banyak buku sastera melayu
Izham cari buku Pak Sako, siri cerpen dia..
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon