Bagai timun dendang: di luar merah di dalam pahit. – Peribahasa Melayu
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Kali ini saya nak memperkenalkan pula satu lagi jenis tanaman yang telah lama bertapak di rumah saya iaitu pepasan ( Coccinia grandis).
Operasi Penanaman Timun Kecil
Sebab timun ni tumbuh berselerak di belakang rumah, saya mengambil keputusan untuk menanamnya pula di hadapan rumah. Biar ia panjat melilit di tempat lain pula.
Mengikut pemerhatian saya, timun kecil ni tak dapat dibiakkan melalui biji benih. Apabila masak/ranum, dalamnya akan jadi merah dan lembik. Bijinya pula halus sahaja. Dengan itu ia lebih sesuai dibiakkan dengan pembiakan tampang (vegetative grow).
Saya kerat satu batang panjang pokok timun kecil ini. Terdapat 8-9 node dalam satu batang panjang yang dikerat tadi.
Kemudian aku rendamkan 3/4 panjang batang tersebut dalam air bercampur hormon penggalak akar (sudu kecil, 2-3 g) selama 1-2 jam. Hormon ini dibeli di Giant sahaja. Boleh juga sapu di bahagian node sahaja. Mana-mana yang bersesuaian.
Hormon penggalak akar. Batang yang telah dikerat direndam dalam baldi.
Bagi tanaman menjalar seperti ini perlulah dililitkan batangnya berbentuk bulatan dan bukannya menegak seperti tanaman batang keras yang lain. Ini kerana akar tumbuh pada node. Contoh tanaman menjalar yang ditanam dengan kaedah ini adalah seperti sirih, lada hitam, dan Quisqualis indica.
Akar tumbuh pada node seperti yang ditandakan. Bukannya pada internode (ruas).
Untuk lebih jelas lokasi node dan internode.
Kemudian aku kambuskan bahagian yang bergulung itu. Saya tinggalkan dalam 3 node berada di atas tanah manakala yang lain dibiarkan menjadi akar nanti. Dengan ini peratus untuk tanaman ini hidup meningkat berbanding jika tanam menegak.Dalam seminggu akan kelihatan nanti pucuk muda tumbuh di node yang ada. Diharapkan dapat la aku makan timun ini apabila balik dari cuti semester nanti. Sedap kalau dibuat ulam dan yang penting ia adalah tanaman aku sendiri aka Organik lagi tu.
Sekian, wasalam.
Timun dendang di pintu kandang,
Batang bayam saya paiskan;
Rindu siang bawa bertandang,
Rindu malam saya tangiskan.
- Pantun Melayu, Kurik Kundi Merah Saga.
Rujuk Wikipedia Bahasa Melayu - Pepasan.
8 mengomel
saiz timun boleh tuai ke tu?
Yup. Itu saiz matang timun tu.
pernah makan timun gherkin tu tapi yg dah di jeruk ..Baik kita tanam sendiri. Saya ingat lagi waktu saya kecil, ibu saya buat sendiri jeruk buah mentimun muda. Modalnya tak sampai 3 ringgit untuk cuka, garam dan biji ketumbar. Timun muda dikutip belakang rumah.
------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
burasak vs lepat loi
OIC... bukan apa, aku jarang jumpa chinese (mean pure chinese yang minat dengan bidang pertanian). Memang usaha bro ne mantap, bidang petanian kita ketinggalan 50 tahun dibelakang Thailand dan 100 tahun dibelakang Jepun. North Korea boleh survive sebab bidang pertanian inilah walaupun mendapat sekatan antarabangsa. Susah nak cari anak muda yang berminat dengan Pertanian dari aspek teknologi dan kemahiran begini... teruskan usaha bro...
I wong... memang betul tu, tengok perniagaan yang bermula dengan pertanian buah pala di Penang. Warisan kebun buah pala turun temurun... Bukan maksud aku masyarakat Tiong Hua tidak advance, maksud aku kenalan aku berbangsa Tiong Hua setakat ini tak ada yang terlibat dalam bidang pertanian ini. Sebab tu ada rasa macam janggal sedikit bila ada kenalan macam bro yang advance dan meminati bidang ini.
kat rumah sy byk mentimun ni... tp x berani mkn sbb ingat x blh mkn... tgk burung je dok mkn
kat rumah sy byk mentimun ni... tp x berani mkn sbb ingat x blh mkn... tgk burung je dok mkn
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon