Saya dapati apabila lebih banyak buku yang saya baca, lebih mudah untuk saya faham apa yang saya baca. Contohnya setelah membaca satu buku tentang teknik penulisan, saya membaca buku dalam genre yang sama, membuatkan saya mudah faham kandungan buku pertama yang saya baca.
Lagi, saya tidak boleh baca sesebuah buku pada satu-satu masa. Saya perlu pelbagaikan genre bacaan saya. Contohnya membaca sebuah cerpen, buku teknik penulisan, dan buku pemasaran pada hari yang sama. Dengan itu saya terasa hidup ini bermakna. Heh.
Mungkin juga kaedah pembacaan saya ini akan membuatkan bacaan saya tidak berfokus. Yelah. Macam-macam baca dalam satu-satu masa.
Tetapi saya menafikannya. Dengan mempelbagaikan bacaan saya, secara tidak langsung saya dapat meningkatkan pemahaman saya pada satu-satu subjek. Saya dapat kaitkan apa yang saya baca dengan bacaan yang lain.
Indah sungguh ilmu yang Allah berikan kepada saya. Perlu diingatkan bahawa jumlah ilmu di dunia ini hanyalah setitik air di lautan dari ilmu Allah keseluruhannya.
Isnin, 8 April 2013
Membaca 3 dalam 1
Artikel Terkait
- Saya mempelajari teori dan mendapat pengalaman sebagai seorang ahli hortikultur sepanjang
- Saat seorang remaja berumur 17 tahun, dia sudah diberi kebenaran untuk mengambil lese
- "Susah la fikir banyak. Kita beli sahajalah mesin itu." Kata saya kepada rakan-rakan syar
- Sudah lama saya tidak menulis di blog. Alasan utama adalah tiada masa untuk menulis. Ah.
- Saya tidak berminat bola sepak. Bola sepak adalah permainan untuk orang yang suka bola. H
- Baik. Tajuk ini agak sensitif untuk saya katakan. Peristiwa ini tidak berlaku pada diri s
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 mengomel
saya ada tabiat membaca sewaktu berbaring. capai saja mana mana buku. lima minit kemudian, zzzzz...
Saya pun begitu... kalau nak tidur. Heh. Kalau saya serius membaca, saya elakkan membaca sambil baring.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon