Saya baru-baru ini menyahut cabaran seorang editor dari majalah yang bagi saya agak kurang terkenal. Saya tahu dia mempunyai kenalan ramai berdasarkan kumpulan Facebook pengelolaannya penuh dengan nama-nama hebat.
Ya saya ingin membantu dia untuk menulis rencana sains dan hantarkan ke websitenya. Saya telah hantar beberapa artikel sains dan maklum balas daripadanya amat mendukacitakan. Artikel yang saya hantar jelas tidak diterbitkan. Alasannya ia tidak menepati ciri-ciri yang mereka kehendaki.
Huh? Walhal artikel picisan saya sebelum ini boleh sahaja terbit. Saya sudah sedaya upaya menulis sebaik mungkin artikel sains dan menghantarkannya kepada editor. Kemudian dia mengatakan dia sibuk.
Saya juga mengendalikan laman web dengan hosting dan domain sendiri. Jadi saya tahu bagaimana nak post. Ia taklah sesusah alasan yang diberikan. Saya bersangka baik dengan menganggap editor memang sibuk untuk post artikel saya.
Beberapa hari lepas saya mendapat pesanan Facebook daripada editor tersebut mengajak saya menulis tentang kumbang najis. Saya sebenarnya telah tawar hati untuk menulis tentang itu. Tapi saya gagahkan usaha untuk memahami artikel yang beliau berikan untuk saya ambil kunci-kunci utama buat saya tulis.
Lalu saya tanyakanlah beberapa ayat yang saya kurang faham. Boleh pula akhirnya dia padam komen saya. Untuk menghormati gayanya yang bagi saya biadap, saya terus PM Facebooknya mohon penjelasan.
Dibalasnya dengan mengatakan saya ini menanyakan soalan keanak-anakan. Aish! Saya agak bengang ketika membaca itu. Yelah. Darah muda mana tak marah kalau orang tua membebel! Huh!
Saya hanya bertanyakan soalan agar saya boleh faham dan menulis artikel yang dia cadangkan itu. Saya terus terang artikel yang dia minta itu berkaitan fizik dan astronomi. Saya ini pelajar biologi, jadi mana mungkin boleh anggap saya faham 100% apa yang terkandung dalam artikel yang saya baca itu.
Ah. Saya sendiri boleh membuat kajian tentang artikel yang dia ingin saya tuliskan itu. Cuma saya ingin mengkaji responnya. Dengan itu terus saya kecewa dengan caranya itu.
Dia juga ada membalas dia telah mendidik beberapa orang berpangkat Ph.D untuk menghantar artikel dan sebahagiannya terbit di laman webnya. Saya tidak kisah tentang itu tapi caranya itu saya tidak puas hati!
Setelah beberapa jam kemudian, api di hati ini pun reda. Saya fikir buat apa saya bergaduh dengan editor. Ia merosakkan nama saya sahaja dan niat saya pun sudah melencong. Dia mahu terima atau tidak, itu hak dia. Hak saya hanyalah berusaha menghantar artikel berkaitan.
Lalu, saya mohon maaf kepada editor tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana menegur saya. Seperti biasa, orang terkenal susah nak respon dengan orang biasa seperti saya ini.
Saya serta merta berazam untuk membuktikan kepadanya bahawa saya tidak bermain-main untuk menulis artikel! Mungkin dia ingat saya menulis hanya untuk mendapat nama dan bukannya berkongsi ilmu.
Yelah, setiap artikel saya tulis akan saya pautkan ke pautan blog penulisan saya. Mungkin silap saya di situ. Walhal saya sudah tahu akibatnya jika letak pautan ke blog pasti akan memberi tanggapan buruk orang kepada sesebuah penulisan atau komen. Ya saya mengaku itu salah saya.
Niat utama saya hanyalah untuk memeriahkan maklumat sains di laman web tersebut. Yelah, saya lihat ia sudah berhabuk dengan maklumat lama.
Mungkin editor memandang rendah terhadap kemampuan penulisan saya. Tak apa. Saya akan buktikan saya mampu menulis artikel lebih baik daripada apa yang dia sangkakan. Bagi saya ia satu cabaran untuk saya terus maju dalam dunia penulisan.
Bukan mengkritik sahaja tetapi belajar daripada kritikan. Itu adalah penting buat seorang penulis untuk berjaya.
Sekarang barulah saya faham dimaksudkan penolakan. Lebih malang lagi penolakan daripada laman web yang memang tak memberi saya apa-apa pembayaran. Sedih bukan?
Saya menerimanya dengan hati terbuka. Lebih elok saya berlapang dada dan anggap ia satu cabaran buat saya yang baru nak merangkak dalam dunia penulisan ini berbanding berfikiran pesimik mengatakan editor itu bongkak dan sombong.
Rabu, 30 Januari 2013
Cabaran Penolakan Mentah
Penulis 依之汉
Diterbitkan Rabu, Januari 30, 2013
Artikel Terkait
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 mengomel
Kongsi saja artikel dalam blog dan wikipedia :)
Saya mahu lebih maju berbanding berkelana di blog dan Wikipedia sahaja. Dengan ada nama di media perdana, barulah saya boleh mempromosikan Wikipedia sebagai alat mencambahkan ilmu BM. Perancangan perlu setapak ke hadapan untuk memacu Wikipedia. Artikel tuan juga berkualiti. Apa kata cuba hantar ke media perdana?
Setahu saya, artikel yang telah disiarkan di mana2 media elektronik seperti facebook atau blog, tidak boleh disiarkan di dalam media cetak (melainkan pencetakan pembiayaan sendiri). Ini dinyatakan oleh salah seorang editor dari DBP dalam sebuah bengkel yang saya hadiri. Ianya menyalahi akta hakcipta/penerbitan.
Saya rasa dengan syarat mendapat keizinan pemegang hak cipta.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon