Rakan,
Aku tahu engkau sibuk,
Tugas yang kau pikul itu
lebih berat daripada beg yang aku sandang
tiap hari
Rakan,
Aku tahu engkau sibuk,
Kala aku menelefon mengajak
bersosial bersama
Kau menolak dengan alasan sibuk
Mungkin dahulu aku
seperti semalu
Menguncup apabila dikata begitu
Namun, setelah aku tahu erti
persahabatan,
Aku tahu engkau bagaikan padi,
Lagi berat lagi kau tunduk malu
Kadang-kala aku cemburu dengan bebanmu
Namun aku tahu, bukan aku untuk mengangkat beban itu
Kerana aku bukanlah kau,
dan kau bukanlah aku
Setiap manusia itu dikurniakan jalannya oleh
Yang Maha Esa
Rakan,
Tidak aku kesali berkawan denganmu
Sifatmu itu sendiri aku tahu
Kerana angin bayu yang sejuk sentiasa
datang bertiup ketika suasana panas
Apa yang panas, akan naik
Apa yang sejuk, akan turun
Itulah lumrah kehidupan
Bayu pusing menyejukkan persekitaran
---
Maafla. Saya ini bukanlah pandai berpuisi sangat orangnya. Sahaja mencuba-cuba nasib berpuisi.
Rabu, 30 Januari 2013
Rakan untukku
Artikel Terkait
- Dua orang lelaki di dalam bilik yang sama, Termenung melihat sekeping besi bercahaya di h
- Angin. Bertiup sepoi sepoi bahasa, Menyapa setiap makhluk yang ditanya Angin. Sejuk mera
- Kenangan kelmarin bagaikan khayalan, Menghantui keadaan sekarang, Seperti ia hanyalah mim
- Buku itu untuk dinikmati, Kisah penghujung bukanlah diminati, Liku liku perjalanan
- Petani menanam buah, Petani menjaga buah, Petani menuai buah, Tuaian hanya selepas tiada
- Kawan, Aku memandang katamu tinggi, Setinggi awan di langit, Seluas lautan biru, Sedalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon