Saya mendapat tahu terdapat rahsia untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog pengguna blogspot. Ia semacam Wordpress. Yelah. Wordpress memang fungsinya banyak untuk search engine optimization (SEO). Blogspot pula, terpaksa kita buat sendiri. Manualnya mudah sahaja. Nasib baik pakcik Google banyak membantu. Heh.
Pada awalnya saya malas nak layan perkara ini. Saya berblog hanyalah untuk menyebarkan maklumat. Namun, kalau sukar orang nak cari di kalangan lambakan blog 'bahasa Melayu' lain, tenggelamlah ilmu yang saya nak kongsikan ini.
Syazwan berkongsi tips SEO di blognya. Petuanya yang diberikan mudah sahaja dan sememangnya berhasil.
Setelah saya ikuti tipsnya, betul, jumlah pengunjung saya naik. Ini termasuklah pengunjung unik (ikut statistik nuffnang).
Pengunjung istimewa (unique visitor) Mula naik apabila saya menggunakan petua SEO ini. |
Harapan besar saya adalah apa yang saya kongsikan di blog ini berguna buat pembaca semua. Kalau nak untung iklan, sampai sekarang nuffnang bagi saya lima hengget jeh. Caish.
Saya pasang nuffnang pun hanya untuk dapatkan statistik. Berbeza statistik nuffnang dengan statistik blogspot. Tambahan pula statistik nuffnang kelihatan lebih tepat berbanding blogspot.
Ia memberi saya gambaran jelas tentang blog saya dan apa yang boleh saya tingkatkan lagi. Lagipun, saya lihat sukar nak jumpa komentar baik di blog-blog orang.
Namun, alhamdulillah, blog ini dikungjungi beberapa komentar yang saya rasa saya boleh berikan A+.
Semoga perkongsian ini dapat menaikkan lagi semangat blogger lain untuk menyumbang ilmu bermanfaat di dunia maya ini. Insya-Allah.
4 mengomel
Blog Travelhort ni, tarikannya adalah pemilihan tajuk entri yang tepat. Dengan baca tajuk saja dah dapat beri gambaran awal tentang apa isi entri blog ini.
Saya gunakan teknik jurnalism. Hei, blog kamu apa kurangnya, malahan ia boleh pergi jauh lagi jika kamu mahu.
Wong..SEO ini ikut pemahaman sy bergantung kpd subject yg kita paparkan & match dengan apa yang dicari oleh orang yg search dkt yahoo. Kalau nak tahu kedudkan ranking dlm google cuba pergi kat google search taip subject yang ada kaitan dgn entri blog..tengok dimana kita berada. Sbjk yg banyak berinfomasi biasanya akan menarik byk visitor spt orng nak cari ttg masakan..mmg byk..
Wordpress ada 'meta tag' khas untuk SEO. Saya rasa ia tentang subjek juga.
Apa kata puan cuba teknik ini. Saya lihat blog puan apa kurang hebatnya dengan kisah pengalaman puan di perantauan.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon