Saya ada terfikir bagaimana teknik nabi memuji? Saya tertarik dengan satu program anjuran Puan Ainon Mohd., pengasas Universiti PTS. Beliau bagi saya cukup hebat dalam memperkenalkan teknik pujian Cara Nabi.
pujian Teknik NABI? |
Saya pernah terbaca beberapa kisah ibu bapa Melayu mendera anak mereka kerana kesalahan kecil. Sebenarnya, apabila saya telusuri hidup saya, ya itu memang budaya orang Melayu. Tapi tak semestinya ia sentiasa bagus bukan?
Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya bersembang dengan seorang pakcik berumur lingkungan 50an. Dia kata, ibu bapa orang Melayu, mengherdik, memerli dan menyindir anak mereka apabila anak di hadapan. Namun memuji mereka di belakang. Ia berdasarkan pengalaman dia dahulu ketika membeli motorsikal di zaman dia muda. Ayahnya selalu mengherdik dia membeli motorsikal baru. Tapi di belakangnya ayah dia selalu memuji dia bahawa dia selalu jaga motorsikal dengan baik.
Bagi saya, itu perkara lama. Dan ia tidak patut dibawa untuk zaman ini. Perlu ingat, perubahan berlaku dan minda kita juga perlu berubah. Teknik dahulu tak semestinya bagus, walaupun kita menjadi orang berjaya hari ini dengan teknik ibu bapa kita dahulu. Zaman berubah dengan faktor persekitarannya lagi.
Kadang-kala anak-anak hanya ingin mengetahui perkara itu betul atau salah. Perlulah diberi penerangan dan penjelasan mudah. Oh saya mungkin merepek di sini kerana saya bujang lagi dan umur saya sudah mencecah 20-an!
Eh? Perlu ingat, ingatan kenangan kanak-kanak saya masih segar di dalam minda saya ini tau.
Saya tertarik untuk membaca kisah en. Sharulnizam tentang bagaimana beliau mengamalkan teknik pujian cara Nabi.
Kesannya sungguh hebat!
Walaupun begitu, ia tidak terhad kepada anak-anak sahaja. Malahan ia lebih luas penggunaannya kepada orang sekeliling kita. Saya ambil contoh diri saya sendiri.
Saya berasa begitu bermotivasi apabila penyelia saya memuji saya seorang yang boleh buat kerja (setelah menyindir saya malas dan kemudian saya tunjukkan beberapa jurnal yang telah saya baca) walaupun sambil itu mengatakan saya ini jenis lambat buat kerja. Huh!?
Apapun, jelas di sini bahawa nabi tidak menyindir para sahabat. Banyak lagi yang perlu saya belajar tentang nabi. Jika ada masa, jom la tonton video Seandainya Rasullullah di hadapan kita.
4 mengomel
Saya pun masih belajar cara mendidik anak..adalah jugak terikut cara2 lama tuh..risau juga sy, nie anak br umur 3 tahun sgtlah nakal...agaknya kena cukup sabar untuk parktikkan cara seperti nabi kita...
Bagi saya cara terbaik adalah kepimpinan teladan. Saya tak suka kalau diarahkanbuat sesuatu, tapi kalau orang tu minta bantu dia buat, itu okay. :)
till now liya pun still dlm proses belajar macammana nak mendidik anak nie.. kadang2 as a mother kita ni kurang sabar. lagi2 bila berdepan dengan anak yg sememang menguji kesabaran kita.
@puan Ummu dan Liya
Erk. Saya nak kata lebih-lebih pun tak boleh. Al-maklumla kita ni orang bujang.
@Asrul
Setuju. Bermula dengan diri kita barulah kita dapat mendidik orang lain. Erk. Tapi apa kaitan dengan teknik nak minta orang buat kerja?
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon