Isnin, 14 Januari 2013

Pengemaskinian tatabahasa Melayu di WBM



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Sekarang saya fikir, untuk membawa Wikipedia Bahasa Melayu (WBM) lebih jauh, lebih elok saya fokuskan pada dasarnya dahulu. Saya lihat maklumat-maklumat rencana berkaitan bahasa Melayu masih kurang dan ia tidak diselanggara dengan baik. Pengemaskinian perlu dilakukan seperti meletakkan rujukan sahih dan penyusunan ayat.

Pada peringkat permulaan, saya kemaskini templat Tatabahasa bahasa Melayu dahulu. Ia dikira sebagai satu rekaan asas untuk saya mulakan projekWiki memartabatkan BM.

Terus terang saya kata, pening kepala saya nak baca buku Tatabahasa Dewan. Saya bukanlah pelajar jurusan bahasa. Saya tidak tahu mana dan apa yang patut masuk dalam rencana berkenaan tatabahasa. Ia penuh dengan istilah-istilah yang sukar untuk saya fahami.

Saya punya kawan jurusan BM tetapi dia tak berminat untuk menulis di WBM. Lalu saya tanyakan kepada dia apakah buku rujukan terbaik untuk pengguna amatur seperti saya belajar bahasa Melayu?

"Buku BM tingkatan 6. Tapi sudah tak ada penerbitannya. Kau pinjam buku aku dan fotostat," kata dia.

Alhamdulillah, saya sempat fotostat buku bahasa Melayu tingkatan 6.

Saya lihat, susunan isi buku itu sungguh menepati ciri-ciri yang boleh saya gunakan untuk perapian rencana-rencana tatabahasa BM. Ia tersusun untuk kefahaman pelajar. (saya pun pelajar~)

Saya dengan matlamat saya tahun 2013 ini - Mengemaskini dasar-dasar WBM. Dan ia bermula dengan mengemaskini artikel-artikel berkaitan dasar bahasa Melayu.

p/s: Jika berminat, jom? Ini adalah kerja amal kita untuk generasi akan datang. Insya-Allah.

3 mengomel

Bolehlah saya sertai sekali jika berkesempatan. Saya ada MA dalam Linguistik Bahasa Melayu dan sedang sambung ke peringkat PhD dalam bidang yang sama. :)

Sudah tentu! Kak sudah daftar di WBM? Ini memudahkan kak nanti untuk sunting di WBM.

Saya hanya menyunting WBM pada hujung minggu supaya ia tidak mengganggu tugas harian saya.

Buat masa sekarang, saya cuma tak tahu nak mengkategorikan tatabahasa BM. Mungkin kak ada ideanya?

Saya pun tak pasti sama ada pernah mendaftar WBM ni sebab banyak dah tempat yang saya daftar selama ini. Huhu. InsyaAllah, jika ada masa saya akan bantu menyunting. :)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon