Selasa, 8 Januari 2013

Doktor beragama dan selainnya


Setiap kali pulang, saya mengambil kesempatan menziarahi seorang sahabat saya. Saya telah kenal dengannya sejak saya tingkatan 1 lagi.

Saya mendapat berita bahawa dia mendapat kanser pada tahun lepas. Kasihan saya lihatnya. Kanseer yang dia kena adalah pada tahap 3.

Alhamdulillah dia mendapat sokongan baik daripada keluarganya. Ayah dan emaknya menyokong dia dari belakang.

Tahun lepas saya melawat, dia memakai tiub di badannya. Fungsi tiub itu adalah untuk menyalurkan ubat cecair terus ke badannya.

Terdapat satu kisah menarik yang dia ceritakan kepada aku.

"Pada awal mendapat berita itu, aku amat sedih. Doktor yang sampaikan khabar aku kena kanser itu berterus-terang bahawa aku mungkin tidak dapat hidup. Aku perlu kawal pemakanan dan segalanya," ujar dia. "Yang penting aku makan guna tiub ini," dia menunjukkan aku tiub yang melekat di badannya itu.

Katanya, doktor yang merawat kansernya di Hospital Kuantan adalah seorang doktor berketurunan India. Maka doktor itu tidak memberi nasihat selain daripada nasihat apa yang seorang doktor patut berikan - nasihat perubatan.

Semangatnya jatuh. Dia rasakan hidup ini sudah tidak bermakna lagi. Dia tahan untuk tidak menangis di hadapan ibunya yang ketika itu sudah pun tersedu mengenangkan nasib anaknya itu.

Beberapa hari kemudian dia berjumpa dengan doktor Melayu pula untuk rawatan tekak. Ini bagi memastikan tiada apa-apa jangkitan lain terkena padanya selain kanser.


Doktor Melayu itu menasihatinya makan sahajalah apa yang boleh. Tidak perlu berpantang sangat.

"Hidup ini untuk merasa. Jika kita terlalu menjaga sangat, apalah guna lidah kita untuk merasa nikmat hidup?"

Ia sungguh berlainan dengan nasihat doktor India itu. Dia menasihatkan agar makan menggunakan tiub. Jangan makan terus melalui mulut. Manakala doktor Melayu memberi nasihat sebaliknya.

"Apa yang penting, banyakkan berdoa. Kita ada Allah. Sentiasalah ingat kepadanya dan berdoa agar adik cepat pulih," tambah doktor Melayu itu.

Berbeza sungguh dua perilaku doktor yang merawatnya. Setelah mendengar nasihat doktor Melayu itu, sahabat saya kembali bersemangat. Dia yakin dia dapat sembuh. Hidup ini perlu dinikmati selagi hayat dikandung badan.

Alhamdulillah dia telah pun melakukan kemoterapi bermula bulan 10 tahun lepas. Kini hanya tinggal 2 lagi kitaran untuk dia masuk ke bilik kemoterapi di Hospital Ipoh.

Aku berdoa agar dia cepat sembuh dan dapat kembali hidup seperti biasa.

3 mengomel

Itulah bezanya diantara muslim dan kuffar...bertuah kerana kita dilahirkan muslim..:)

yea..."live with no regret"
nikmatilah hidup dan sentiasa berdoa selagi rezeki untuk hidup itu masih ada.
Semangat yg kuat boleh menyembuhkan penyakit, insyaAllah.

@ummuaidan
Alhamdulillah. Bijak doktor Melayu itu memberi kata-kata semangat.

@kebahagian hidupku
Semoga kawan saya tabah menghadapi dugaan hidup ini.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon