Isnin, 28 Januari 2013

Suntikan Jururawat Lelaki


2 hari yang lepas saya menyertai satu kem untuk budak lepasan SPM. Saya menjadi fasi untuk kem itu. Di situ saya berkenalan beberapa fesi dari universiti lain juga.

Apa yang menarik, saya berkenalan dengan seorang jururawat lelaki. Di minda saya selalunya jururawat mestilah seorang wanita. Amat jarang untuk saya lihat seorang jururawat lelaki.

Banyak pengalaman yang kami kongsikan bersama. Dia seorang jururawat graduan dari Universiti Malaysia Sarawak (UniMas). Mulanya dia mengambil matrikulasi dan kemudian mendapat tawaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia tapi dia menolak. Cita-citanya ingin menjadi seorang jururawat dan jurusan yang ditawarkan di UKM bukanlah yang dia minat.

Dia menyambung pelajaran ke tingkatan 6 pula. Dengan izin Allah, dia mendapat tawaran belajar ke menara gading di UniMas.

"Pada awalnya saya tidak bersemangat nak belajar. Yelah UniMas," katanya. "Namun selepas 2-3 tahun belajar barulah saya nampak kenapa saya mendapat tempat di situ."

Saya termenung mendengar kata-katanya itu. Saya juga begitu di awal pengajian saya di UPM. Tak jelas tentang kenapa Allah letakkan saya di jurusan hortikultur. Alhamdulillah pada tahun ketiga barulah saya mula jelas laluan hidup saya.

Sekarang sahabat saya itu berkhidmat sebagai jururawat di hospital Az-Zaharah di Bandar Baru Bangi. Saya pun tak pasti di mana lokasi itu.

Jika ada masa, boleh la pembaca melawat blognya, Suntikan Quran dan Sunnah.

Apa pula pandangan anda tentang jururawat lelaki? Pernah ada pengalaman? Jom kongsikan bersama,

5 mengomel

Jururawat lelaki untk merawat lelaki sesuailahkan..kurang2 part aurat tuh boleh dijaga..jgn jururawat lelaki ikut sama wanita nak bersalin sudahlah..segan...:)

Yup. Dia khas untuk rawat lelaki. Ada juga dia teringin upgrade untuk menjadi bidan, tapi itu kisah lain pula.

Aras pemilihan perawat/ doktor untuk pesakit Muslim..Untuk pesakit lelaki, perawat Muslim lelaki>perawat kafir lelaki>perawat Muslim perempuan>perawat kafir perempuan. Jururawat tu nak ambik bidang jagaan orang tua (gerontology) kat UPM, insyaAllah. Artikel terbaru di blog. Jemput baca, amal & sebarkan. http://mumarridhalpakiti.blogspot.com/2013/03/kaitan-pertahanan-negara-malaysia-imam_8.html

KAITAN PERTAHANAN NEGARA MALAYSIA, IMAM MAHDI, DAJJAL
http://mumarridhalpakiti.blogspot.com/2013/03/kaitan-pertahanan-negara-malaysia-imam_8.html

Apabila berlaku kecemasan, semua kakitangan yang ada kena terlibat tak kira jantina dah. Maqosid syarak yang utama -MENJAGA NYAWA

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon