Ulama perlu bersepakat. Alhamdulillah ada lagi penjelasan daripada ustaz Kazim selain ustaz Fauzi. Ketahuilah implikasinya bukan kepada generasi sekarang tetapi kepada generasi selepas kita. Kita tidak mahu apa yang terjadi kepada Indonesia datang ke Malaysia pula.
Kita perlu pertahankan akidah umat Islam. Jangan kerana kepentingan politik kita berpecah. Kerana dendam kepada sesuatu parti kita berpecah pendapat. Jangan kerana ini, kita akan dipersalahkan oleh cucu cicit kita.
"Mak, kenapa kawan saya Micheal membaca doa dengan tangan tertutup sambil memejam mata menyebut nama Allah? Tuhan dia dan kita sama kah?"
"Tidak. Kita Allah tuhan yang satu. Dia Allah tuhan yang tiga."
"Apa bezanya? Allah tetap Allah kan?"
"Berbeza..." geleng kepala si ibu. Anak kecil ini masih mentah lagi untuk memahami akan hal-hal ini...
"Dulu nama Allah hanya orang Islam sahaja guna. Kemudian ada golongan bijak pandai kata Allah untuk semua." cubaan si ibu menerangkan kepada anak kecilnya itu.
Si anak kecil itu tunduk cuba memahami penjelasan ibunya itu. Dia mendongak dan melihat ibunya kembali.
"Mak, kenapa atuk dulu tak pertahankan nama Allah, tuhan kita?"
"Ini kerana mereka tidak sepakat. Ada yang tinggi ilmunya menafikan nama Allah sebagai tuhan Islam."
--
Adakah kita ingin melihat anak cucu cicit kita keliru apabila terdapat gereja terpampang nama Allah?
Tilawah Bible dalam bahasa Arab?
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon