Jumaat, 5 Oktober 2012

Over the sea


Ramai di antara rakan-rakan saya berimpian untuk pergi merentas laut menaiki kapal terbang. Ini tidak terkecuali juga untuk saya. Saya mengidam untuk ke luar negara. Ingin melihat keadaan luar sana. Melihat sudut lain selain dari Malaysia.

Tetapi ia bukanlah senang jika tidak kuat fizikal dan mental. Pergi ke luar negara ini memerlukan kekuatan mental khususnya. Yelah. Kita akan berada di negara orang. Semestinya budaya mereka juga lain daripada apa yang ada di sini.

Saya bertuah kerana mendapat peluang pergi ke luar negara. Entah mengapa pada pertengahan tahun 2010 saya mendapat SMS daripada seorang rakan saya, mengajak saya pergi bersama mereka ke negara yang terkenal dengan kumpulan F4 suatu masa dahulu.



Saya pada awalnya terkejut. Tertanya jugalah kepada diri sendiri kenapa dia memilih saya di antara rakan sejurusan berbanding rakan-rakan lain. Apabila saya kemukakan soalan ini, dia sendiri pun tidak tahu mengapa. Itulah saya katakan rezeki yang Allah berikan kepada saya.

Saya dan 5 orang rakan lain bertolak ke Taiwan pada penghujung tahun 2010. Ketika itu 2 minggu sahaja lagi sebelum masuk tahun baharu. Kami semua terdiri daripada kaum 1Malaysia. Cina, Melayu dan India. 3 orang rakan Cina kami bertindak sebagai penterjemah bagi 3 orang kami lagi yang bukan bahasa ibunda Mandarin.

Boleh saya katakan pelbagai pengalaman saya dapat ketika merantau ke negara orang selama 2 minggu. Di samping itu kami juga berkenalan antara satu sama lain. Sememangnya saya hanya mengenali 2 daripada 5 orang itu sebagai rakan sejurusan manakala yang lain masih asing bagi saya.

Saya begitu terharu dengan layanan rakan saya yang beragama dan bukan sebangsa dengan saya. Dia cukup prihatin dan hormat kepada setiap orang daripada kami. Baik sungguh dia. Sungguh saya terhutang budi kepadanya dari awal sehingga habis perjalanan kami selama dua minggu itu.

Saya cuba untuk kembali ke Taiwan dengan tiket untuk berpraktikal di sana, namun mungkin bukan rezeki saya. WQ, rakan yang mengajak saya pergi dahulu, sempat menjejak kaki ke sana bersama seorang lagi rakan saya yang lain.

Taiwan, sememangnya membuka minda saya bahawa setiap negara ada budaya mereka tersendiri. Saya bersyukur dengan apa yang Malaysia tawarkan kepada saya. Betullah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih elok di negeri sendiri.

2 mengomel

Tempat yang patut dilawati adalah tempat kaum2 yang pernah dimusnahkan kerana menduskatkan rasul.'fasirul fil ardi fan zuru khaifa ka na aqibatul mukazzibiin..(anda blh phm kan)..berjalanlah dimuka bumi, lihatlah bagaimana akibat mereka2 yg mendustakan.

Terima kasih atas perkongsian berguna ini puan.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon