Isnin, 8 Oktober 2012

Minggu Ujian


Nampaknya minggu kelima dan keenam bagi para pelajar UPM semestinya sibuk. Yelah. Sudah tiba masanya minggu ujian untuk setiap subjek yang kami ambil. Walaupun bergelar pelajar pasca-siswazah, saya tetap perlu menghadapi cabaran ini.

Pada esoknya saya akan menghadapi ujian satu untuk subjek "Perubahan iklim dan pertanian". Sememangnya subjek ini membuka minda saya bahawa pertanian perlu peka dengan keadaan sekitar iaitu iklim kita.


Di Malaysia, iklim adalah tropika. Tiada salji, mahupun musim luruh di sini. Hanya ada musim kering dan musim hujan. Lengkuk musim hujan di Malaysia berbentuk U, dengan kadar hujan tinggi di hujung tahun sehinggalah awal tahun, dan mula kurang pada pertengahan tahun.

Mengikut apa yang saya pelajari, iklim mula tidak menentu sejak kebelakangan ini. Untuk itu musim buah berbuah pun mula lari. Kalau dahulu kita sering melihat gerai jualan buah durian di tepian jalan pada bulan Oktober, kini kita dapat lihat jualan durian juga pada bulan Jun dan Julai.

Menurut pensyarah apikultur saya dahulu, walaupun musim buah sudah lari, kita masih boleh tahu bilakah buah akan berbuah dengan kaedah lain. Caranya mudah iaitu dengan mengetahui kalendar bunga (floral calendar). Contohnya jika bunga belimbing sudah berbunga, bersedia untuk menunggu pokok durian mengeluarkan bunganya pula.

Nampaknya banyak lagi perkara yang perlu saya ketahui sebelum saya boleh mengeluarkan satu kenyataan yang pejal dan kukuh demi kemajuan industri hortikultur di Malaysia, khususnya.

Ujian kali ini pasti menduga pemikiran saya terhadap alam sekeliling dan kaitannya dengan pertanian kini.

5 mengomel

kalendar bunga?... macam best sahaja... nanti cerita lagi ya...

good luck ya wong....kena byk2 study dan kurang2kan blog yer..heheh

@ejaMaria & @ummuaidan
Terima kasih atas sokongan itu. Insya-Allah saya akan perbanyakkan lagi tulisan blog yang bermanfaat.

flora calendar tu nampak macam sgt best tau. first time dgr ni.

sebut pasal kalendar bunga ni, rasanya mcm saya pernah dpt sblm ni di MAHA yg lepas, cuma x faham kaedah membaca dan menggunakannya.... mungkin baguz kalo bro boleh share sedikit info ini kelak

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon