Rabu, 17 Oktober 2012

Gosip


Gosip banyak digunapakai untuk para artis dan selebriti. Jarang ia dilihat sebagai satu perkara buruk apabila kita bergosip. Ia semacam menjadi satu perkara kebiasaan untuk masyarakat sekarang bergosip.

Saya tidak terkecuali juga dalam bergosip. Saya selalu ingin tahu perihal terbaru berkenaan sesuatu cerita. Tidak kisahlah ia baik mahupun buruk. Kedua-duanya saya ambil. Bak kata orang, yang buruk kita jadikan iktibar, yang baik kita jadikan tauladan.

Cuma, ia tak seperti yang disangka. Mendengar perkara keburukan mengenai seseorang atau perkara amat susah untuk disimpan. Tambahan lagi ia dikategorikan sebagai gosip. Kita mesti sentiasa terasa untuk menyebarkan juga seperti mana kita dapat daripada orang yang menyebarkannya.

Dan saya selalu mengingatkan diri saya agar dapat membezakan antara hak dan batil apabil bersembang bersama rakan. Al-maklumlah saya ini juga manusia biasa. Kadang-kala mulut ini boleh jadi mulut tempayan!

Semalam, saya berborak-borak bersama sahabat saya. Dia baru sahaja bekerja di sebuah syarikat terkenal di bawah J-Corp. Gajinya pun boleh tahan.

"Rupanya, setelah aku bekerja bawah syarikat B, barulah aku tahu keadaan sebenar syarikat B. Ia tak seperti apa yang syarikat A ceritakan," kata sahabatku sambil menghirup jus buah pisang.

Sebelum ini dia berpraktikal di syarikat A. Di situ dia selalu mendengar rungutan daripada orang atasan syarikat A berhubung barangan yang syarikat B sediakan. Ia cepat rosak, tidak elok, dan kurang berkualiti.

"Sekarang aku lihat dari sudut pandangan syarikat B pula. Syarikat A boleh maju kerana sebenarnya syarikat B telah menyediakan perkhidmatan dan barangan yang cukup elok. Tapi minda syarikat A yang terlalu nakkan kesempurnaan walhal mereka sendiri tidak melakukan kesempurnaan itu," tambah sahabatku itu lagi. "Mereka terlalu sibuk mengata orang lain. Susah kalau asyik bergosip sahaja."

Di sini saya dapat pengajaran bahawa, apapun terjadi, kita perlulah bersikap pro-aktif dalam mencari maklumat yang betul. Buat satu keputusan berdasarkan pengadilan yang betul. Lihat dari sudut pandangan kedua-dua belah pihak.

Dan yang penting sekali, ingatlah pesan Rasulullah SAW,

"..Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. .."

(hadis riwayat muslim)


2 mengomel

tak baik bergossip nie...yg buruk ssm saudar islam kita tidak ttupkan, jgn buka aib orng...kalau betul yg digossipkan itu pun boleh menjadi fitnah juga..

erk. saya kurang faham bahasa yang puan gunakan. Al-maklumlah saya ni bukan generasi SMS. =)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon