Ya saya setuju. Buku fotokopi sekarang lebih murah kosnya berbanding harga buku asal terutama buku import. Baru-baru ini saya membuat satu salinan fotokopi buku bertajuk "Shut Up, Stop Whining, and Get a Life (2nd Edition): A Kick-Butt Approach to a Better Life" ole Winget, Larry.
Buku tersebut adalah buku import. Buku yang diterbitkan dari Amerika. Harga asal mencecah RM60 (berdasarkan rujukan MPHonline). Manakala harga fotokopi hanyalah RM11.30. Huh!? Mari kita ambil kalkulator (jika tak pandai, guna tangan sahaja). Dengan bandingan harga hampir 1/6 murah.
Sememangnya berbaloi kalau fotokopi sahaja. Saya bersyukur kerana perpustakaan universiti menyediakan buku-buku yang pelbagai untuk bahan bacaan saya. Dan untuk saya miliki dengan harga murah (fotokopi semestinya!) Ya mungkin ianya salah, tapi saya tidak mampu lagi untuk membeli buku asli. Malahan tempahan perlu dibuat jika saya ingin beli buku seperti ini.
Apakan daya sebagai seorang pelajar, saya terpaksa mengorbankan prinsip saya untuk fotokopi...
5 mengomel
Fotokopi buku memang murah..tapi bila nak simpan buat collection letak dlm pustaka kat rumah macam tak menarik kan sebagai kulit buku plain..tak keras & tebal..
salam..zaman akak 80han dulu pun dah fotostat..maklumla masa tu PTPTN tak de lagi
@ummu
Setuju dengan puan Ummu. Cuma, untuk koleksi sementara.
@suka
Betul kah puan? Nampaknya budaya ini sudah lama dipraktikan oleh pelajar zaman dahulu lagi. Heh.
saya terpaksa juga fotokopi beberapa buku kerana tidak mampu beli yang original. Ikutkan lebih suka yang original. Nak buat macam mana harganya terlalu mahal! Kadang-kala berharga RM100 lebih... huhu...
Nanti kalau sudah bergelar pensyarah, jangan diikut budaya ini tau kak. Khas untuk pelajar sahaja.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon