Rabu, 31 Oktober 2012

Sisi hitam K-Pop memang mengerikan!

Sebelum saya pergi jauh ke arah luar negara, apa kata kita baca dulu kes ugutan bunuh oleh peminat tegar K-Pop. Sungguh terkejut saya membacanya!

K-Pop kini menjadi fenomena utama dunia. Ia bukan sahaja melanda Korea Selatan tetapi juga negara yang sukar menerima bahasa luar kerana menganggap bahasa mereka gah iaitu Amerika.

Mengikut apa yang saya baca dan lihat, K-Pop adalah gabungan antara dunia Pop barat dan dunia pop Asia. Pemakaian ala-ala esentrik, seksi dan unik. Muka Asia dan gaya muzik Barat. Boom! Terhasillah K-Pop.

Tarian yang disajikan juga tidak meletihkan mata melihatnya. Bagi lelaki K-Pop semestinya gah dengan gaya yang melompat dan pusing memusing, manakala perempuan aksi seksi menjadi penarik utama.

 

Dalam video ni, pengacara membawa kita ke sisi hitam K-pop. Bayangkan mereka sertai industri muzik ini sejak umur 13 tahun lagi. 12 jam sehari berlatih. Tak boleh ada kawan, saudara, ataupun teman lelaki untuk bermesra sepanjang 13 tahun kontrak.  Mereka menjadi gaya hidup muzik itu agama yang mewakili mereka di dunia ini.

Sungguh pelik. Adakah kerana jeritan peminat mampu membuatkan mereka gembira dan tenang ataupun jeritan di akhirat nanti? Jauh sekali apa pula tindakan peminat K-Pop Malaysia yang beragama Islam? Ada yang saya lihat terkinja-kinja mengikuti konsert mereka. Hairan. Jika drama, saya kurang hairan kerana saya juga antara peminat K-drama (walaupun ia sama cliche dengan drama Melayu).

Perhatian perlu dilihat di manakah isu K-Pop ini akan membawa remaja Malaysia khususnya? Adakah kemunculan M-Pop berjaya meredakan ketagihan rakyat tempatan terhadap muzik yang agak sukar difahami itu? Atau kita yang hairan ini hanya menunggu arus ini hanyut dibawa arus liberasasi oleh kaum lain...

4 mengomel

Saya memang peminat tegar lagu korea...mmg kesian dengan ape yang derang lalui. Tapi nak buat macam mana...kene korban banyak benda bila nak satu benda.......mereka korban semuanya tetapi meraka dapat fame dan duit yang banyak. Itu adalah impian mereka. Kalau interview memang derang cakap stress dan terpaksa...tp kalau minta derang lepaskan ape yang mereka ada sekarang ni....dah tentu tolak jauh2 sbb derang ''at the top of the world''. pendapat seposen saya.......

Cuma, rasa kasihan apabila muzik dan kemasyuran menjadi agama mereka. =(

hehe....sebab agama derang tak ajar semua aspek kehidupan yg sempurna mcm kita org islam.

Alhamdulillah. Syukur kita lahir Islam. Semoga mereka juga diberi hidayah Allah dalam kita juga mencari hidayah Allah. Ameen.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon