Sebagai seorang pelajar peringkat tinggi, saya pasti akan sentiasa berjalan ke luar dari U untuk menjalankan kajian. Ini memerlukan saya selalu menempah van fakulti untuk ke tempat kajian.
Saya teringat nasihat seorang pensyarah kepada saya jika hendak menaiki van. Katanya hati pemandu ini perlu dijaga. Kita belanja mereka makan dan sembang-sembang dengan mereka ketika naik van bersama.
Menurutnya, pernah sekali itu beliau menegur pemandu van yang tidak menjaga kebersihan van yang ia pandu. Pemandu van itu bertindak balas dengan membawa laju ketika mereka menuruni Cameron Highland. Kecut hati semua yang menumpang. Iyalah. Cameron Highland tempat berbukit dan berlingkar.
Sampai sahaja di perhentian berdekatan, seorang pelajar Master beliau muntah.
Nasihat ini tersemat kuat dalam ingatan saya.
2 mengomel
Belanja lah pemandu sekali sekali, air tin ker barulah dia hepi nak bawa van
Selalunya pemandu akan menolak tawaran saya, puan. Sebab dia tahu saya pelajar. Mana la ada duit sangat nak belanja dia.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon