Bergambar bersama sahabat

3 bualan
Pin It


Alhamdulillah. Selesai juga majlis konvokesyen saya pada hari ini. Ia bermula pada 7.30 am dengan para graduan beratur di sebelah kanan dewan besar UPM, kawasan parkir menghadap fakulti hutan, bersama pakaian lengkap konvokesyen.

Kemudian, kami berarak masuk pada 8.00 am. Dipendekkan cerita, ia habis awal dari jangkaan iaitu 11.30 am, satu jam awal dari tentatif. Petanda baik.

Saya sms kawan untuk dia bersiap sedia untuk datang ke dewan besar menangkap gambar kami bersama sejurusan sebaik sahaja kami keluar dewan nanti.

"Bro, kamera tiada. Ada tak DSLR?"

Aduh. Bukankah semalam saya sudah katakan pinjam daripada Aqashah?

"Dia tak balas mesej. Call pun tak dapat."

Sepatutnya semalam sudah pinjam. Atau pagi tadi sudah hubungi Aqashah, rakan yang ada DSLR.

Di sini, saya sudah nampak akan peristiwa yang akan berlaku kemudian nanti. Inilah kes kalau nak minta tolong kawan yang tiada kamera DSLR.

Saya sudah pesan agar dia pinjam daripada seorang lagi rakan, tapi nampaknya komunikasi terputus-putus di antara mereka. Saya ingatkan dia faham bahawa jika ingin tangkap gambar esok, sebolehnya malam sebelum hari itu atau awal pagi itu sebolehnya sudah dapatkan kamera DSLR tersebut.


Keadaan sebenar,

Saya --> fotografer --> rakan ada DSLR. [kerenah biokrasi]

Sepatutnya,

fotografer <-- Saya --> rakan ada DSLR. [saya kendali semua]

Akhirnya apabila keluar dewan, tiada langsung fotografer yang datang. Sedih. Saya ingatkan ingin bergambar bersama mereka semua. Beberapa minit kami tunggu, namun tiada siapa yang datang membawa kamera mahal. Kemudian seorang demi seorang bersurai dek panggilan rakan atau keluarga di hadapan mereka.

Tak mengapalah. Mungkin ada hikmah di sebalik itu.

Saya pula berlegar bersama keluarga kemudiannya. Saya guna sahaja kamera kompak yang saya ada. Saya cari orang berkain hijau di tengkuk untuk mengambil gambar bersama. Biarlah berdua asalkan ada gambar.

Sedang asyik bergambar bersama rakan sejurusan,

"Ok. Sudah dapat kamera. Aqashah baru bangun tidur. 10 minit lagi aku sampai."

Alhamdulillah. Dapat saya bergambar bersama keluarga dengan kamera mahal walaupun tidak sepenuhnya dengan rakan-rakan sejurusan.

Pada petangnya pula, fakulti Pertanian ada mengadakan satu majlis ringkas meraikan graduan 2012. Persiapan telah dilakukan dua minggu awal. Cuma, agaknya berlaku beberapa salah komunikasi, menyebabkan hanya beberapa orang graduan sahaja hadir ke majlis ini.

Banyak makanan yang terpaksa dibungkus dibawa pulang.

Saya pula ada menyediakan satu video slideshow untuk tayangan semua. Sedih juga la apabila yang datang tonton hanya berapa kerata sahaja.

Kemudian setelah tayangan itu, ada pula yang menegur,

"Wong, kau ni silap la. Patut letak ucapan si X. Barulah video itu menjadi lagi mengancam."

Jatuh semangat saya ketika. Ingatkan pujian, tetapi kritikan pula yang datang. 2 hari saya bertungkus lumus buat video itu. Huh.

Kemudian,

"Apapun, video itu bagus."

Pujian itu sedikit sebanyak seperti tidak bermakna bagi saya.

--

Terdapat beberapa pelajaran saya dapat dari peristiwa hari ini:

1. Penyampaian komunikasi perlu jelas. Jika ingin orang tolong kita, kita mesti permudahkan tugas mereka. Sampaikan komunikasi dengan jelas agar dia dan kita faham.

2. Apabila diberikan tugasan ,buat sedaya boleh. Lalu apabila kita dikritik atau dihentam, kita tetap akan berasa puas dan boleh kata "aku buat, kau pula?" kerana kita sudah gunakan daya usaha kita 100%!

3. Terima kritikan dengan baik. Memang orang selalu mengkritik setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini. Serap dan lantunkannya dengan mengadakan ia lebih baik nanti.

4. Untuk mengomen sesuatu hasil karya seseorang, pastikan pujian dahulu datang dan komen kemudiannya. Pastikan komen itu betul layak atau tidak. Jika tak, saya guna konsep no. 2.

5. Bersedia awal. Persediaan awal membantu kita untuk melihat kelemahan yang akan datang dan sempat membaikinya agar sesuatu perkara itu berjalan dengan lancarnya.

6. Sertakan usaha bersama doa kerana apapun yang kita usahakan, hanya Allah sahaja mampu menentukannya.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. Tahniah bro! Saya pun weekend baru ni ke PICC raikan sepupu berkonvo di sana. Belajar di KPTM di Kedah sblm ini.

    Rasanya nak tegur hal negatif pun tiada masalah asalkan secara berhemah. Pasti teguran itu akan dianggap sebagai teguran membina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukron.

      Hanya satu pandangan peribadi saya. =)

      Padam
  2. Tahniah,Wong...dah grad, lepas ni deal dgn masalah kerja pulak hehehe..dah dpt kerja? & blog ni pon dah bertukar rupa nmpknya...:)

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia