Canon PowerShot A1100 IS

3 bualan
Pin It

Saya mempunyai sebuah kamera kompak yang amat saya sayangi. Ia telah banyak berbakti kepada saya semenjak saya membelinya semasa saya semester 3, awal bulan Ogos 2009.

Ketika saya membeli Canon PowerShot A1100 IS, harganya dalam RM 599. Sekarang harganya sudah jatuh sehingga RM399.

Saya ingat lagi ketika saya membeli kamera tersebut pada minggu UPM cuti seminggu akibat serangan selsema burung di UPM.

4-5 minggu selepas minggu kuliah bermula.

Saya beli di kedai gambar di bahagian tingkat bawah kompleks beli-belah the Mines.


Ketika itu saya keliru untuk membuat pilihan sama ada ingin membeli kamera dengan bateri Lithium atau kameri dengan bateri AA.

Kalau bateri lithium, fungsi kamera lebih banyak dan bentuk kamera lebih nipis. Manakala kamera bateri AA fungsinya kurang dan badan kamera lebih gemuk.

Kemudian setelah membuat perkiraan, saya akhirnya membeli kamera dengan bateri AA. Saya boleh beli 4 bateri AA recharge. Jadi saya akan ada backup jika 2 bateri awal yang saya guna habis tenaga.

Ini adalah video pertama saya menggunakan kamera ini.


Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. Saya kalau camera prefer battery lithium.. sbbnya dgn kalau baterry biasa dgn tahap kegunaan sy sekarang agaknya beratus2 habis duit beli battery..AA pun blh jimat guna charger namun kurang minat sikit sbb gemuk pun jgk.

    BalasPadam
  2. saya tiada camera compact. huhuhu boleh pinjam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ummu
      Nampaknya saya sudah ketinggalan zaman guna bateri AA. T.T

      @dee
      Cikgu memang la tiada kamera kompak kerana kamera cikgu kamera DSLR. Saya tahu saya tidak berkesampaian lagi untuk memilik kamera DSLR. T.T

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia