Rakan muka buku

3 bualan
Pin It

Dahulu saya kira, saya mempunyai ramai rakan muka buku. Jiwa masih baharu dengan dunia Internet. Saya luluskan sahaja sesiapa sahaja yang hendak berkawan. Terutama wanita. Heh.

Setelah berlaku beberapa peristiwa pahit bersama rakan muka buku melalui komen dan status merepek mereka, saya mula sedar. Ini bukanlah fungsi saya membuka akaun facebook.

Saya tukar fungsi privasi facebook saya.


Saya hanya membenarkan sesiapa yang ada rakan bersama sahaja untuk tambah saya sebagai rakan.

Jika ada hal penting, mereka boleh hantar mesej melalui akaun facebook saya. Saya masih mahu menjaga privasi saya.

Kini, saya hanya terhadkan rakan saya kepada 500 sahaja. Setakat ini ia belum mencapai 500 lagi. Apabila ada rakan baharu, yang saya sudah kenal di alam realiti, barulah saya cuba-cuba tambahnya sebagai rakan. Jika tidak, harap maaf, saya masih menjaga privasi saya di alam muka buku.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

3 ulasan:

  1. saya tak berapa suka facebook..bukak pun utk family & close friends jer...friends facebook sy pun kurang dlm 20..kdg sy rs facebook mcm mengajar kita jd bz body, nak tgk dashboard orng laoin, gambar ong lain, dah tuh bermcm2 orng post kat dashboard kita..sy selesa dgn blog..

    BalasPadam
  2. remy pun takdelah nak sekat bagai..... tapi FB cuma bukak sekali sekala jer.....
    nak kemaruk cam dulu2 rasanya dah tak sesuai.....
    perubahan hormon kut.....he3

    BalasPadam
  3. @ummuaidan & Remy
    Jiwa orang muda berbeza dengan orang dewasa. =)

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia