Rabu, 10 Julai 2013

Pantang larang mengenyit mata

Mata kanan saya sakit lagi. Walaupun pernah pergi ke PKU UPM, tetap masih tidak baik sehingga kini mata saya ini.


Risau saya dibuatnya. Kebelakangan ini kerap ia sakit terutama apabila saya bangun daripada tidur. Untuk menahan sakit ini, saya terpaksa mengurangkan kenyitan mata kanan. Kalau boleh sedikit sahaja kelopak mata saya ditutup. Itupun sementara.

Lalu, saya pun terpaksa pergi ke Pusat Kesihatan Universiti UPM sekali lagi demi mendapat nasihat. Saya tak pasti kali ini apa nasihat yang akan diberikan. Yelah. Mereka bukanlah doktor pakar mata.

Lagipun saya sudah pergi ke Hospital Serdang mendapat rawatan pakar. Namun, hasilnya kurang memberangsangkan.

Kali ini seperti biasa saya memohon rawatan daripada doktor tempatan.

"Adik pergi ke bilik no 11. Di belakang ya," kata kak jururawat di kaunter pendaftaran.

Oleh kerana tidak ramai orang, dalam beberapa minit saya sampai, nombor saya dipanggil.

Saya masuk. Kelihatan seorang doktor Cina di hadapan saya.

"Silakan duduk. Sakit apa?" tanya dia.

"Err.. Sakit mata."

"Baik saya beri ubat sakit mata. Ada sakit lain?"

Eh? Senangnya! Datang ujar sakit apa dan terus boleh erpgi ambil ubat. Saya cuba kembangkan isi saya.

"Tak doktor. Bukan sakit mata akibat jangkitan. Sebelum ini saya telah.."

"Tak apa. Saya tahu. Jangan makan seafood, daging merah, telur dan kekacang," celah doktor itu.

Saya terbungkam diam. Ok lah. Doktor ini ada beri sedikit nasihat pantang larang yang patut saya ikuti kalau hendak mata saya ini cepat pulih.

"Ok. Boleh pergi ambil ubat."

Oleh kerana sudah dikatakan selesai, saya pergi sahajalah ke kaunter farmasi pula.

"Ini ubat antibiotik. Makan 3 kali sehari."

"Tapi puasa macam mana pula kak?"

"Makan selepas berbuka, tengah malam dan selepas bersahur."

Nampaknya saya terpaksa makan ubat lagi.

Bagi kawan-kawan pula? Apa pantang larang kalau sakit mata atau luka dalaman? Petua makan apa untuk sihat cepat? Jom kongsikan bersama.

1 mengomel so far

Ya tak pasti pula. Hal dalaman ni susah juga. Sensitif, kena tanya yang betul-betul pakar.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon