Saya rehat sebentar setelah penat berFB.
Tiba-tiba deringan telefon bimbit berbunyi. Nombor yang tak dikenali tertera. Pelik.
Kedengaran suara lelaki memberi salam. Saya menjawabnya dan ingin tahu siapakah gerangan ini?
"Saya En. Khatib. Awak masih berminat buka pusat tuisyen tak?"
Terus minda saya ligat berfikir. Di manakah saya kenal akan topik ini? Oh!
"Berminat. Tetapi bukankah sudah lama?"
"Oh tak mengapa. Esok pagi selepas solat Subuh kita berjumpa di hadapan surau untuk berbincang."
Kami tutup dengan salam.
Saya berfikir lagi. Saya tiada pengalaman. Dahulu pernah ditawarkan tetapi saya berfikir panjang. Bukan tidak mahu menerima rezeki tetapi bebanannya besar.
Setelah berfikir sejenak, saya teringat akan pengetua pusat tuisyen saya. Pengalaman dia lebih banyak. Mungkin saya boleh majukan kepadanya untuk tindakan lanjut.
"Kak, saya mendapat tawaran buka kelas tuisyen. Tempat disediakan. Hanya perlu uruskan sahaja."
Alhamdulillah Kak Zu setuju.
Selepas berbincang pada pagi tadi bersama En. Khatib, dia mengatakan perlu cepat kerana tempat yang telah ditempah sudah 3 tahun tidak beroperasi.
Insya-Allah jika menjadi, pertengahan Syawal akan bermula pusat tuisyen ini kecil-kecilan.
Satu pengalaman baharu buat saya. Satu pekerjaan baharu buat saya juga.

2 mengomel
hopefully can share more.sebab eca sendiri nak buka pusat tuisyen sendiri...bukan xnak keja dgn org, tapi kdg2 xberbaloi...in stead of gaji & tatakerja yg ikut je telunjuk bos.
Saya sarankan Cik Puan membaca buku seperti di dalam gambar. Banyak tip dan trik yang diberikan oleh penulis.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon