Pada Isnin lepas saya mendapat kesempatan untuk melancong ke Jogjakarta, Indonesia.
Pelbagai perkara saya belajar ketika pergi ke sana.
Tentang pengurusan masa, wang dan juga manusia. Al-maklumlah saya ditugaskan sebagai ketua dalam rombongan musafir ini.
Sabda Rasulullah (s.a.w.):
“Apabila tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah ke atas mereka seorang untuk menjadi ketua.” (Abu Daud)
Antara hal yang tak dapat saya lupakan adalah terlepasnya kami penerbangan ke Jogjakarta pada hari Ahad lalu dek kerana kecuaian. Oh. Pengajaran besar buat saya dan lain-lain.
Kemudian mengenai pengurusan kewangan di sana. Kerana kami pergi berteraskan satu maklumat sahaja, kami jadi agak bingung untuk membelanjakan wang di sana. Lagipun ini kali pertama buat kami semua merantau ke luar negara.
Apa yang pasti, perjalanan ke Jogja bukan satu perkara yang boleh kami lupakan begitu sahaja.
Saya juga mengucapkan terima kasih buat ikhwah di sana yang sanggup menemani kami sepanjang 6 hari kami berkelana di sana. Hanya Allah sahajalah mampu membalas jasa baik mereka itu.

3 mengomel
seronoknya dapat bercuti..
Wah, saya tidak pernah pun ke luar negara walaupun hanya ke Indonesia. Terujanya.
@mizz Aiza @ Tetamu Istimewa
Sememangnya jauh perjalanan luas pemandangan. Banyak yang saya belajar kala saya menjejak kaki di sana. Semestinya anda juga ada, kan?
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon