Pagi tadi saya mengajar tuisyen di rumah klien. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Rezeki saya dimurahkan lagi apabila klien saya ingin saya mengajar anaknya juga subjek matematik. Katanya anaknya lemah konsep matematik.
Berdasarkan pemerhatian saya, ada betulnya juga. Syahmi boleh mengira dengan cepat. Tetapi mengapa mendapat markah matematik selalu sahaja C?
kredit foto : Ariff Shah |
"Kalau ada mak cik datang ke rumah ini. Kemudian ingin membeli 1 meter kain. Kamu ada pembaris berukuran 15 cm sahaja. Bagaimana akan kamu lakukan?" tanya saya kepada Syahmi.
Dia diam seketika. Memikirkan jalannya. Bagi saya, saya tidak akan terus memberi jawapan. Saya akan tunggu sehingga pelajar dapat jawab sendiri. Jika lambat mendapat respon, saya akan memberi klu seperti, "1 sentimeter bersamaan dengan berapa meter?"
Terus dia boleh menjawab. "Maka jika ada pembaris 15 cm?"
Lalu saya tunjukkan cara pengiraannya dengan betul. "Oh," katanya.
Saya senyum sahaja memerhatikan gelagatnya.
"Saya tahu, saya tahu!" celah adiknya apabila saya bertanya soalan kepada Syahmi.
Saya tahu adiknya itu tidak tahu. Tetapi berpura-pura tahu bagi memikat hati saya. Saya senyum.
"Cikgu suka kalau kita bercakap jujur. Jika tahu, kita tunjukkan apa yang kita tahu. Jika tak tahu, kita mengaku kita tak tahu. Itu juga salah satu adab menuntut ilmu," jelas saya kepada 4 orang adik-beradik di situ.
Saya jelas bahawa menjadi seorang cikgu tuisyen, saya bukan setakat mengajar itu ini sahaja. Saya juga bertanggungjawab mendidik anak didik saya menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat.
3 mengomel
Saya tak nafikan, biar apapun statusnya menjadi seorang guru memang mencabar. Bukan mudah untuk memahamkan anak-anak murid yang lingkungan usia 7-12 tahun ni.
Tahniah! Moga menjadi guru yang baik dan berdedikasi.
salam wong..alhamdulillah bertambah pahala wong mengajar anak2 yang baru nak mengenal dunia ni.kak lea ni pun gigih ajar anak ulangkaji dan buat latihan maths..gara2 keracunan makanan minggu lepas,kak lea terpaksa merayu pada guru kelas,mohon exam postpone ke tarikh baru.siap disertakan sekali surat dari doktor.bukan mudah nak ajar anak2 maths..stress hahaha..
@Tetamu Istimewa
Setuju.
@aLeaSaRa
Uish. Harap anak puan dapat jawab dengan jayanya. Yang penting mereka boleh kira tambah, tolak, bahagi dan darab. -D
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon