Khamis, 22 November 2012

Penantian di yang lama Hospital Serdang

Saya cukup tidak suka apabila perlu pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Masalah utamanya ialah masa saya akan banyak dibazirkan di sana.

Pagi semalam mata saya terasa sungguh sakit. Saya rasa mata saya terkena jangkitan kuman. Kerana itu saya gagahkan diri juga untuk pergi ke PKU semula. Sebelum ini telah saya pergi tetapi ubat titisan yang diberikan tidak memberi kesan sangat.

Saya terpaksa membuka mata semasa membonceng motosikal ke sana. Ia sangat pedih jika saya berkelip mata walaupun sekali. Untuk itu saya cuba bertahan untuk membuka mata tanpa berkelip. Di saat itu barulah saya menyedari betapa bersyukurnya manusia dapat mengelipkan mata. Subhanallah.

Seperti biasa di kaunter pendaftaran akan saya minta doktor tempatan untuk merawat. Kali ini saya mendapat doktor bilik 15. Seorang doktor wanita Melayu.


Pemeriksaan berlangsung tak sampai 5 minit kerana doktor terus menyarankan saya pergi ke Hospital Serdang untuk rawatan pakar. Kesakitan saya melibatkan mata da ia memerlukan doktor pakar mata melihatnya.

Setelah mendapat surat saranan daripada PKU, terus saya gagahkan diri ke Hospital Serdang. Saya kurang arif di mana lokasi klinik pakar mata, lalu saya bertanyakan pada kaunter perkhidmatan di lobi utama hospital.

"Adik masuk sahaja pintu ini, belok kanan dan terus sehingga hujung koridor. Nanti adik akan nampak eskalator. Naik dan cari pintu nombor 9," jawab wanita India di kaunter perkhidmatan itu.

Aku jalan mengikut arah yang diberikan.

Sampai di pintu nombor 9 terpampang tulisan "Oftomologi". Eh? Betulkah ini? Aku tidak berapa serasi dengan bahasa perubatan. Apa yang pasti ada gambar mata di sebelahnya. Cuba sahajalah. Kalau salah, akan diarahkan ke kaunter yang betul.

"Assalamualaikum kak. Saya ada surat rawatan dari PKU. Saya berada di tempat betulkah?" Tanya aku kepada jururawat yang berada di kaunter pendaftaran oftomologi sambil menyerahkan surat saranan.

"Betul. Adik duduk dahulu. Nanti kami akan panggil nama." Kata jururawat berbadan gempal bercermin mata itu.

Saya lihat ramai yang beratur di sini ingin mendapatkan rawatan mata. Pelbagai kaum ada. 1 Malaysia.

Bermulalah 9.30am sehinggalah 12.30pm barulah selesai sepenuhnya sehinggalah ubat berada di tangan saya. 3 jam. Ia bukanlah proses yang kejap. Kalau di PKU hanyalah 30minit hingga 1 jam sahaja.

Apapun, ubat yang diberi seperti berkesan. Rengsa di mata ini mula kurang sakitnya. Alhamdulillah.

5 mengomel

Salam izham. Sebenarnya kualiti perkhidmatan di hospital kerajaan kadangkala lebih baik antara lainnya stok ubat adalah sentiasa terkini kerana tiada stok lama disimpan. Pelanggan sentiasa ada menggunakan ubat. Cuma bilangan pelanggan yg terlalu ramai berbanding doktor dan jururawat. Sebab tu masa menunggu terlalu lama. Semoga cepat sembuh ye...

Wasalam. Saya setuju puan. Cuma, kesabaran perlu ada untuk itu...

owh.... ok, semoga sihat2 :) dan bersyukur atas kurniaan hatta dapat kentut pun satu nikmat. :)

kalau utk saya - ok... saya masih boleh menunggu... tapi kalau melibatkan anak... saya tak sanggup utk menunggu... tak sampai hati lihat anak yg sakit keletihan menunggu pula...

@dee
Itu satu yang subjektif.

@ejaMaria
Oh begitu rupanya perasaan seorang ibu. Tak mengapa puan. Cokelat pasti meriangkan keadaan.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon