Isnin, 29 Julai 2013

Rawatan lanjut mata

Saya merenung mata kanan saya di cermin. Masih merah. Tiada tanda warnanya akan menjadi normal.

Saya menarik nafas panjang. Nampaknya terpaksa saya berjumpa dengan Dr. Siti bilik 8 di PKU lagi.

"Kali ini saya foward awak terus ke pakar di Hospital Serdang," kata beliau.

Saya hanya mengangguk. Sudah lama penyakit ini menyerang saya. Kini ia menjadi lebih serius. Habis satu bebola mata kanan saya merah.

"Mungkin diserang virus. Tetapi peliknya mata kiri awak elok. Biasanya ia menyerang kedua-dua belah mata," tambah Dr. Siti lagi.

Saya membonceng motorsikal terus ke Hospital Serdang. Pasti memakan masa lagi seperti dahulu. Kali ini saya bersedia dengan membawa beberapa buah buku untuk dibaca ketika masa senggang nanti.

9.45 am saya sampai memberi surat di klinik oftalmologi. Kemudian saya turun ke bawah untuk mendaftar pula.

Sedang saya duduk, dua orang sedang berbual,

"Hai, Lim! Apa khabar? Lama tak jumpa."

"Eh berapa lama kamu tunggu?"

"1 jam setengah juga lah."

Saya terkedu. Berdasarkan pemerhatian saya, 20 nombor dipanggil setiap 15 minit Saya ada 160 lagi jarak sebelum nombor saya dipanggil.

Mata saya ralit membaca buku. Sekurangnya saya tidak bosan di sini.

11.15 am saya siap mendattar.

11.45 am saya berjumpa doktor. Seorang wanita dalam lingkungan 20-an berjilbab.

"Jumaat ini awak datang lagi untuk lihat perkembangan mata awak."

1.15 pm saya mendapat ubat titis mata. 1 pelembab dan 1 antibiotik.

Secara kasarnya, sebanyak 3 jam setengah masa saya diluangkan di Hospital Serdang.

Saya berdoa agar mata kanan saya cepat pulih.

1 mengomel so far

Masih belum sembuh lagi ke Wong? Saya doakan mata saudara cepat sembuh ya. Kalau perlu, pergi jumpa pakar mata.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon