Ketika saya pergi melancong ke Jogjakarta, saya sempat melawat Pesta Buku Islamik anjuran Universiti Negeri Yogyakarta (UNY). Di sana saya terpegun melihat banyak buku Indonesia bersifat Islamik.
Banyak karya-karya tokoh ilmuan Arab diterjemah oleh penulis mereka. Jadi ilmu rujukan mereka tidak terhad kepada ilmuan Barat sahaja.
Buku ini dihadiahkan oleh sahabat saya, Sujono. "Moga antum dapat manfaat daripadanya. Penulis ini dozen ana."
Buku ini banyak melibatkan contoh daripada ilmuan Islam. Pasti al-Quran dan Sunnah kerap ditonjolkan, seperti tajuk yang diguna pakai.
Kemudian, ingatan saya terpalit untuk menyatakan bahawa penulis di Malaysia kerap kali menggunakan tokoh Barat dalam penulisan mereka. Kurang sekali mereka cuba kaitkan kejayaan Rasul, sahabat dan para salafu-soleh dalam penulisan mereka.
Selain jualan buku, pesta ini juga dipenuhi dengan diskusi bedah buku oleh tokoh-tokoh penulis terkenal Indonesia. |
Yang pasti, membaca buku ini membuatkan saya terfikir 'Rupanya ilmuan Islam jauh terkedepan berbanding ilmuan Barat yang lebih bersifat duniawi.'
4 mengomel
banyak juga buku-buku yang dijual di malaysia berasal dari buku-buku best seller indonesia yang diterjemahkan kepada bahasa melayu..
Dan saya suka membaca Lasykar Pelangi dan Negeri 5 Menara.
Saya dah baca Laskar Pelangi.
Ternyata ia sebuah novel yang popular.
Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon