Khamis, 11 Julai 2013

Apabila Gajah Putih berlipur lara

Cerpen orang Siam

Ternyata orang Siam tidak juga ketinggalan meninggalkan kesan kepada saya tatkala saya membaca antologi ini.

Seperti kata penterjemah, ternyata orang Thailand bijak menggunakan deria bau, sentuh dan rasa sebagai wadah penulisan mereka.

Kala saya membaca ini, perasaan sedih, gembira, tawa dan pilu memenuhi segenap rasa hati ini.

Siapa sangka di balik Perpustakaan besar PSAS ada juga tersirat kisah dari negara Gajah Putih ini?

4 mengomel

Saya tak sempat pun nak geledah perpustakaan tu. Lagipun, terus terang saya katakan dulu, saya kurang minat membaca.

Saya tak rasakan begitu. Mungkin genre pembacaan saudara berlainan. Jika tak masakan ulasan buku oleh saudara mampu terbit di media perdana.

Alhamdulillah, sejak saya menulis, saya gemar membaca. Oh, saya menulis dari sudut pandangan saya saja. Mungkin editor berasa sesuai dan disiarkan. Saya tak mampu mengulas buku yang saya tak fahami dan kuasai. Nanti nampak kelemahan pembaca dalam memahami isinya pula.

Dan betullah pepatah mengatkaan 'Menulis dan membaca itu seiring'. =D

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon